SHAH ALAM 15 Nov.- Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari. “Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami. “Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut,” ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini. Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa ...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie