KUALA LUMPUR 2 Dis. - Para pemimpin Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berjiwa Melayu dan tidak menghargai keupayaan Melayu, diminta agar meninggalkan jawatan masing-masing demi kebaikan masyarakat tersebut. Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, tindakan berkenaan perlu bagi membolehkan kerajaan menempatkan individu Melayu lain yang lebih mempercayai bangsanya sendiri. "Mereka yakni anak-anak Melayu yang memegang jawatan penting dalam GLC diingatkan supaya tidak menjadi kumpulan yang melupakan bangsa sendiri atau bak kata pepatah bagaikan kacang lupakan kulit," katanya ketika membahaskan usul ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Abdul Azim berkata, ini kerana tindakan mereka yang cuba mengubah sebarang keputusan kerajaan yang bertujuan bagi membela atau memberi peluang kepada kontraktor Melayu dan bumiputera di dalam sesuatu projek, boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri....
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie