Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa, tiada apa yang lebih ‘asas’ daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup. Tanpa air, semua benda yang bernyawa akan mati. Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang ‘seimbang’ iaitu tidak ekstrem. Kita tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan. Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran. Mengambilkira hakikat ini, maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna, membuktikan kelemahan mereka yang ketara. Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan den...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie