Apabila ia dibangkitkan - misalnya oleh Tuan Guru Presiden PAS di Pasir Salak baru-baru ini - nampaknya semacam tidak ada lagi alasan untuk orang Melayu tidak menyokong PAS dan Umno. Tidak ada. Kecualilah bagi orang yang mahu berfikir sedikit lama dan mencari sedikit jauh daripada sekadar omelan atau bisikan dalam mimpi. Arakian dimaklumkan kepada sekalian umat, Dato Maharajalela itu sesungguhnya sebuah gelaran kebesaran cuma. Akan nama sebenarnya ialah Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kata seorang pensyarah universiti yang didakwa akan dia menumpang populariti universitinya ketika menulis untuk Malaysiakini , gelaran itu memberi lesen besar kepada batang tubuh pembawanya. "Sesiapa yang diberi gelaran itu," katanya, "dibenarkan membunuh" oleh penguasa. Syahdan tahu benarlah kita akan jahatnya penguasa dulu menyembunyikan sejarah. Tidak ada dikatakan bahawa Dato Maharajalela itu seorang mufti. Mujur juga ada Icerd yang menjelma. Mujur juga ada himpu...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie