
Apabila tarikh 16 September 2008 dipilih dan dicanangkan olih Anuar Ibrahim untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Perseketuan, pelbagai cara telah dibuat oleh pembangkang. Antaranya cuba memujuk Ahli Parlimen dari Sabah dan Serawak untuk memasuki Pakatan Pembangkang. Mereka juga menghantar wakil untuk memujuk Ahli Parlimen BN hingga ke Taiwan. Mereka juga mengugut PM supaya meletak jawatan dengan menggatakan mereka telah mendapat sokongan untuk menubuhkan kerajaan baru. Mereka juga mencadangkan undi tidak percaya terhadap PM. Tetapi semua ini hanyalah angan-angan kosong pihak pembangkang. Kini apabila kerajaan PKR di Perak tumbang, mereka mengugut SPR supaya menerima surat pengosongan tiga kerusi ADUN Perak. Mereka juga berani mencabar Sultan Perak yang merupakan Ketua Negeri Perak dan pernah memperkenankan perlantikan Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin, ADUN PAS, sebagai Menteri Besar. Kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh menerima titah Sultan Perak agar Nizar dan Exconya meletakkan jawatan? Adakah kerana mereka merasai mereka lebih mempunyai kuasa ? Atau adakah sebenarnya mereka tamak kuasa?.

Comments