Skip to main content
Kerajaan Pakatan Raayat (PR) Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sehingga lewat petang berhempas pulas untuk bertahan, akhirnya kecundang menerusi cara yang diajar dan sering digembar-gemburkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak memberitahu sidang media di pejabatnya, bahawa parti BN kini memiliki majoriti mudah untuk mengambil alih dan membentuk pentadbiran negeri daripada PR berikutan langkah empat ADUN meninggalkan pakatan itu lalu menyokong BN. Najib berkata, keempat-empat mereka sudah memberikan mandat kepada beliau untuk menamakan Menteri Besar yang baru dan berikrar menyukong sesiapa saja yang dipilih BN. Dengan perkembangan terbaru itu, BN kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat 28 dan Bebas 3. Menurut beliau, walaupun BN dan PR mempunyai jumlah kerusi sama, ketiga-tiga ADUN Bebas berkenaan sudah menyatakan sokongan terhadap BN. Selaras perkembangan terbaru itu, Najib akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin pada 5hb.02.09 jam 9.30 pagi berserta dengan 4 orang ADUN yang telah menyatakan sokongan kepada Parti Barisan Nasional.
Posted by Picasa

Comments