Skip to main content

Kronologi politik di Negeri Perak

Pada 9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenanggi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke 12. Pada 17 Mac 2008: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang dari PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak. Pada 19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Pada 25 Ogos 2008: Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu (PKR) dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM 180 juta. Mahkamah menetapkan pada 10, 11 dan 12 Februari 2009 sebagai tarikh perbicaraan. Pada 25 Januari 2009: ADUN Bota dari UMNO, Datuk Nasarudin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR. Pada 26 Januari 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada UMNO akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyrtai PKR. Pada 27 Januari 2009 Datuk Ahamad Pakeh Adam dari DUN N21(BN) Lintang (Ketua Bahagian) membuat kenyataan tidak percaya dengan kepimpinan Pengerusi UMNO Negeri Perak dan ADUN N1 Pengkalan Hulu , Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali. Pada 28 Januari 2009 Datuk Seri Tajul Rosli Ghazali menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (UMNO) dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak. Pada 29 Januari 2009: MT UMNO menerima peletakan jawatan Datuk Seri Tajul Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuatkuasa serta merta. Pada 30 Juanuari 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada OKR akan menyertai BN. Pada 1 Februari 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di Perak akan menyertai BN. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang 'hilang' sejak 26 Januari supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Raayat Perak. Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang YB Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada jam 5.45 petang. Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan, sebaliknya mengakui pernah menandatangani surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang tidak bertarikh bahawa jika mereka keluar parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. Pada 2 Februari 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat itu. Speaker DUN Perak, V. Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Perak, V. Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak. Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar daripada PKR. Seorang pegawai kepada Jamaluddin Mohd Radzi memberitahu media di Sepang bahawa wakil rakyat itu masih ahli PKR. Seorang kenalan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman jailu menafikan perletakan jawatan ADUN itu pada sidang akhbar di Shah Alam. Pada 3 Februari 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59) serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu. ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menganggap dirinya sebagai wakil raayat Bebas selepas PKR menghantar surat peletakan jawatannya sebagai ADUN kepada Speaker Dun Perak V. Sivakumar. Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memberi tempoh 48 jam kepada SPR supaya mengkaji semula keputusan tidak mengadakan pilihan raya kecil. Pada 4 Februari 2009: Jam 1 tengah hari- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di jadualkan mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman penting. Jam 1.30 tengah hari - Mohammad Nizar menangguhkan sidang akhbar tanpa member sebab. Jam 2 petang- Pengerusi SPR Tan Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak akan mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil. Jam 3 petang- Mohammad Nizar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta merta sebelum memohon perkenan Sultan. Jam 3.50 petang- Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Jam 4.35 petang- Empat ADUN Perak iaitu ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Jam 5 petang - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti. BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Raayat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi. Jam 5.55 petang- Mohammada Nizar yang menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...