Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar pada 4hb. Februari 2009 berjanji menerima apa sahaja keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pembentukan kerajaan baru tetapi sebaik dititahkan agar meletak jawatan Menteri Besar pada 5hb.2.09, beliau tidak mempedulikannya. Namun, hakikatnya beliau sudah hilang kuasa. Akses ke pejabatnya sendiri dibangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh disekat apabila premis itu dikunci dan kawal anggota polis. Tiada sekeping fail atau sehelai kertas pun dibenar dibawa keluar.

Comments