Setelah berlakunya pengambilalihan kuasa kerajaan negeri dari Kerajaan Pakatan Raayat banyak pihak kini menyebut-menyebut siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggalas perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Ini kerana calon yang bakal menerajui negeri itu nanti mestilah seorang yang berkaliber, disukai dan diterima rakyat bagi memastikan cengkaman kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berterusan tanpa sebarang masaalah. Berkebolehan dan berkelayakan sahaja tidak cukup, tugas berat mentadbir negeri ini pastinya sukar di laksanakan lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik masa kini yang memerlukan 'kelainan' untuk menyakinkan rakyat yang berjumlah lebih 2 juta. Ini kerana, dalam keadaan BN yang hanya mempunyai sedikit kelebihan kerusi DUN itu, adalah penting jika semua pihak dapat menerima dan memberi sokongang padu kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sidang media diputrajaya hari ini, berkata , BN sudah mempunyai beberapa nama yang baqkal dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Antara nama yang disebut-sebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor, Datuk Dr.Zambry Abd Kadir. Turut disebut termasuklah ADUN Manong, Datuk Ramly Zahary yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan ADUN Belanja , Datuk Mohd Zaim Abu Hassan serta ADUN Kota Tempan , Datuk Shaarani Mohamad. Bagaimanapun ramai pemerhati politik memberatkan Zambry (47 tahun) bakal menerajui Kerajaan BN di Perak yang baru setelah mengambil alih daripada Kerajaan Pakatan Raayat.

Comments