Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sebentar tadi sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, adalah salah, kata seorang peguam Malik Imtiaz Sarwar. Ini kerana kuasa membubarkan dewan undangan negeri terletak ditangan pemerintah negeri, dalam kes ini ialah Sultan dan bukannya Menteri Besar. Menurutnya, Undang-undang Tubuh Negeri Perak secara jelas menyatakan pembubaran dewan undangan negeri merupakan kuasa mutlak Sultan dan tiada orang lain mempunyai kuasa membubarkan dewan undangan negeri. Adalah lebih elok jika Menteri Besar mempersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan sebelum mengumumkan pembubaran itu. Beliau sepatutnya mengadap Sultan tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Comments