Skip to main content

UMNO mampu bangkit semula

Setelah apa yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menimpa UMNO, Rakyat pastinya mahu melihat kebangkitan semula parti ini terutamanya pada persidangan Agung UMNO pada Mac depan. Apa yang perlu dilaksanakan UMNO bagi mengembalikan semula imejnya yang semakin pudar dan kurang diterima oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Sebenarnya, UMNO masih lagi dalam hati setiap rakyat negara ini terutamanya orang Melayu kerana mereka beranggapan hanya UMNO sahaja yang mampu menyatukan kaum majoriti di negara ini. Bagaimanapun isu-isu lalu yang belum dijelas dan samar-samar hendaklah segera di jelaskan yang dikatakan memperjuangkan kelompok-kelompok tertentu serta rasuah politik yang akhirnya menyebabkan UMNO semakin dijauhi terutama golongan yang dudok diatas pagar. Kedudukan UMNO ketika ini tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan kerana kedudukan mereka masih lagi utuh dan mampu mentadbir kerajaan. Walau pun ada pemimpin UMNO menyuarakan kebimbangan tentang apa yang berlaku terhadap politik semasa. Walaupun bilangan mereka yang menganggotai Pakatan Raayat semakin bertambah, tetapi rata-rata daripada mereka adalah dari golongan diatas pagar dan hanya segelintir sahaja ahli UMNO yang menganggotai pembangkang. Bagaimanapun, usaha pembangkang untuk terus menawan rakyat dinegeri ini dilihat merupakan satu ancaman kepada UMNO terutamanya pengundi-pengundi muda yang bakal pertama kali memangkah kertas undi pada pilihan raya umum ke 13 nanti. UMNO perlu melaksanakan perubahan secara radikal kerana corak lama sudah semakin tidak mampu menawan pengundi muda yang merupakan pelapis genarasi hari ini. Dasar-dasar lama yang tidak penting perlu dihapuskan bagi memastikan UMNO tidak memperjuangkan kelompok tertentu dan hanya menumpukan soal orang Melayu yang perlu disatukan dibawah satu bumbung. Apa yang diharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat memperkuatkan kembali UMNO setelah mengambil alih kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walau apa pun yang berlaku, UMNO perlu mengakui hakikat bahawa mereka kini semakin terpinggir dan perlunya satu formola untuk memujuk kembali hati orang Melayu yang semakin merajuk.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...