Skip to main content

PENJELASAN ISU TUNTUTAN HASIL PETROLEUM KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan. 1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas? ISTILAH YANG DIGUNA PAKAI BAGI MAKSUD PEMBAYARAN TERSEBUT ADALAH " BAYARAN TUNAI" SEBANYAK 5% DAN PERKATAAN "ROYALTI" TIDAK DIGUNAKAN DALAM MANA-MANA ISTILAH AKTA BERKENAAN. 2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/76? TELAGA MINYAK ATAU GAS MESTI BERADA DALAM SEMPADAN NEGERI IAITU BUMI NEGERI BERKENAAN SERTA PERAIRAN WILAYAH NEGERI IAITU SEJAUH 3 BATU NAUTIKA YANG DIUKUR DARI PARAS AIR SURUT (ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) NO.7 TAHUN 1969). 3. Adakah kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan di Semenajung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas? NEGERI KELANTAN ATAU MANA-MANA KERAJAAN NEGERI DI SEMENANJUNG TIDAK BERHAK KERANA SEMUA TELAGA MINYAK DAN GAS YANG MENGELUARKAN HASIL DI SEMENANJUNG PADA MASA INI BERADA DILUAR PERAIRAN WILAYAH NEGERI MELEBIHI 3 BATU NAUTIKA. OLEH YANG DEMIKIAN APA-APA HASIL YANG DIPEROLEHI DI LUAR PERAIRAN NEGERI MELEBIHI 3 BATU NAUTIKA ADALAH HAK MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN. 4. Apakah kedudukan Sabah dan Serawak dalam isu pembayaran royalti? SEBELUM TAHUN 1974, KERAJAAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK TELAH SEDIA MEMPUNYAI KEDUDUKAN TERSENDIRI TERHADAP HAK ROYALTI MELALUI KUATKUASA PERJANJIAN SERTA KUATKUASA AKTA PELANTAR BENUA 1966. IA MERUPAKAN SEJARAH DAN HAK ISTIMEWA YANG DIIKTIRAF SEMASA MENYERTAI MALAYSIA PADA TAHUN 1963. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan? WANG EHSAN ADALAH SUMBANGAN ATAU BANTUAN YANG DISALURKAN BERASASKAN BUDI BICARA KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI-NEGERI TERMASUK KELANTAN. SUMBANGAN INI ADALAH DILUAR SKOP/BIDANG KUASA AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 DAN PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI ANTARA PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 1975/76. BANTUAN INI DIBERIKAN ADALAH SEMATA-SEMATA ATAS KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BERASASKAN KEPRIHATIANAN KERAJAAN PERSEKUTUAAN TERHADAP KEBAJIAKAN NEGERI DAN RAKYAT. 6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM 20 juta? KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBERIKAN PERUNTUKAN INI ATAS DASAR EHSAN BERHUBUNG DENGAN GAS YANG DIHASILKAN DIKAWASAN PERAIRAN PERSEKUTUAN. KERAJAAN NEGERI KELANTAN TIADA HAK DALAM KAWASAN ITU KERANA IANYA DILUAR PERAIRAN 3 BATU NAUTIKA. 7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian wang ehsan ?. KENYATAAN YB TENGKU RAZALEIGH HAMZAH, AHLI PARLIMEN GUA MUSANG PERLU DILIHAT SEBAGAI PENDAPAT PERIBADI BELIAU SEMATA-MATA. SEBARANG KEPUTUSAN YANG DIAMBIL BERKENAAN HAK PEMBAYARAN ROYALTI PERLU DIBUAT BERASASKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN SERTA PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI DIANTARA PETRONAS DENGAN KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI. YB TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PERNAH MENJELASKAN BAHAWA KERAJAAN PAS TERENGGANU TIDAK BOLEH MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN WANG EHSAN KERANA WANG DISALURKAN SELAMA INI WALAUPUN ATAS NAMA ROYALTI MINYAK, BUKAN HAK NEGERI. BELIAU JUGA MENYATAKAN SEMASA PETRONAS DITUBUHKAN TELAH DINYATAKAN BAHAWA TIADA SEBUAH NEGERI PUN DI SEMENANJUNG BERHAK KEATAS HASIL MINYAK YANG DIJUMPAI DIKAWASAN YANG BERADA DILUAR 'WILAYAH' MEREKA (BERNAMA-1 NOVEMBER 2000). WALAUPUN YB TENGKU RAZALEIGH TELAH MENGUBAH PENDIRIANNYA PADA MASA INI, KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG MASIH TIDAK BERUBAH. RAKYAT DAN NEGARA WAJIB MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA. 8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini? BERDASAR KEDUDUKAN PERUNTUKAN PERUNDANGAN YANG SEDIA ADA. KETUA PEMBANGKANG SEDAR KERAJAAN NEGERI TIDAK ADA HAK TERHADAP APA-APA BAYARAN TUNAI ATAU ROYALTI BERKAITAN HASIL PETROLIUM YANG DITEROKAI DILUAR PERAIRAN WILAYAH NEGERI. OLEH KERANA ITU, KETUA PEMBANGKANG PERNAH CUBA MENGUSULKAN CADAGAN PINDAAN AKTA KEMAJUAN PETROLIUM 1974 DI PAELIMEN PADA DISEMBER 2009 YANG LALU. DENGAN ITU KETUA PEMBANGKANG SENDIRI MENYEDARI BAHAWA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TIADA HAK ATAS MANA-MANA TELAGA MINYAK ATAU GAS YANG BERADA DALAM KAWASAN PERSEKUTUAN. (Petikan dari suber JASA)JASA/UKOM (03/10)

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun