Skip to main content

Jika Struktur negara sudah runtuh, bukan mudah mendirikan semula

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melakukan yang terbaik untuk kesenagan dan kesejahteraan rakyat. Itu kenyataan. Perpaduan, muafakat dan persefahaman dalam UMNO/ BN telah terjalin sekian lama. Manakala kerjasama dalam PR masih diragukan, bersifat sementara demi keselesaan dan agak rapuh. Kesepakatan itu mewajahkan BN sebuah gabungan parti yang berdaftar dan menggunakan satu lambang, berbanding dengan PR belum pun tercipta satu lambang perpaduan politik, tetapi berbanding atas bendera masing-masing. Pandagan kebanyakan pemimpin BN supaya perubahan dilakukan berikutan kelemahan jentera pilihanraya BN memerlukan tindakan bukan lagi cakapan. Jentera BN memang kurang bertenaga dan tidak kreatif, konflik antara pemimpin setempat dan ada lepas tangan (ini berikutan tidak dapat kerjasama pemimpin setempat/Negeri (seperti PRK Sibu). Faktor tidak mengenang budi kepada kerajaan semakin meluas menusuk ke hati remaja dan pengundi generasi baru. Mereka tidak percaya bahawa kemajuan selama ini akan tersekat jika kerajaan bertukar? mereka belum boleh menjangkakan apakah negara akan melalui satu zaman porak peranda kerana perubahan dasar-dasar akan dilakukan secara drastik. Sampai sekarang pun belum ada bukti kukuh. Pentadbiran pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai masih tidak setabil.DAP berjaya menjadi 'ketua' untuk rujukan semua perkara. Pendirian PAS yang selama ini kukuh dan bermati-matian menentang UMNO mulai mencair ditangan DAP. Jadi BN perlu berhati-hati, perbaiki kelemahan dan ubah gaya kepimpinan. Para pemimpin yang patut berundur silalah berbuat demikian segera. Jika struktur negara sudah runtuh, bukan mudah mendirikan semula.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...