Skip to main content

Kemerdekaan Negara Seiring Dengan Islam - Tan Sri Hasan Azhari.

"Saya masih tidak dapat melupakan detik bersejarah itu hingga ke hari ini dan ketika saya mengalunkan azan pada tarikh keramat sejurus laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengalir air mata saya membasahi pipi.

"Mengalirnya air mata itu bukannya kerana sedih tetapi gembira kerana negara pada saat dan ketika itu telah merdeka dan rakyatnya memerintah serta menguruskan negara sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat," kata, Tan Sri Hasan Azhari.

Menceritakan kisah manisnya itu pada ketika umurnya 25 tahun, beliau menambah sehari sebelum pengisytiharahan kemerdekaan di Stadium Merdeka, beliau telah didatangi oleh mereka yang bertanggungjawab menjayakan hari kemerdekaan itu dan memaklumkan bahawa beliau akan mengalunkan azan pada hari tersebut.

"Bayangkan betapa gementarnya pada saat itu dan saya pada malam berkenaan "berlatih" dengan pelbagai taranum bagi memastikan kelancaran pada hari bersejarah itu, pada awal pagi lagi, saya telah dibawa ke Stadium Merdeka dan melihat orang ramai telah membanjiri Stadium berkenaan.

"Dan setelah menerima isyarat sejurus laungan merdeka dan lagu Negaraku, saya terus melaungkan azan dan pada waktu air mata mengalir membasahi pipi dan bersyukur kepada Alah," katanya yang kini menjangkau umur 83 tahun dalam wawancara ekslusif bersama Ku Azman daripada UMNO Online.com

Beliau yang kini masih lagi aktif dalam mengajar ilmu Al-Quran adalah antara hakim paling veteran di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 seterusnya menambah laungan azan dan diiringi bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan pada hari pengisytiharan kemerdekaan negara menunjukkan ianya tidak lari daripada Islam.

Malah tegas beliau ianya memperlihatkan bagaimana sejarah kemerdekaan negara turut diiringi dengan asas Islam dan ianya masih berterusan hingga ke hari ini.

"Bukankah kita dapat lihat yang mana sebelum acara rasmi baik di dalam kerajaan atau pun mana-mana tempat, sebelum apa jua acara masjlis dimulakan, ianya didahului dengan bacaan doa. Ianya adalah untuk memohon kesejahteraan daripada Allah.

"Jadi apa yang saya nak kongsi di sini, Islam sudah diketengahkan pada hari bersejarah dan saya sendiri antara yang terlibat apabila melaungkan azan," katanya.

Beliau seterusnya berkata kemerdekaan negara perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun kerana ianya telah menjadikan Malaysia hari sebagai sebuah negara yang berdaulat dan makmur.

"Tiap kali berlalunya 31 Ogos, saya masih terkenangkan peristiwa lalu dan saat bersejarah itu. Kepada rakyat Malaysia pertahankan kemerdekaan negara dan jangan sesekali meruntuhkannya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...