Skip to main content

PEMIMPIN BN JANGAN BUAT PROGRAM SYOK SENDIRI- YAB DATO' SRI MOHD NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan penuh kepada parti itu dan bukannya calon yang bertanding jika mahu merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata semua anggota BN perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan memilih calon yang sesuai serta mampu memberikan kemenangan kepada parti itu di Selangor.

“Berikan sekongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk jangan sabotaj tapi berikan sokongan habis-habisan.

“Kita sudah lalui sejarah pahit sejak tiga tahun lepas, jangan biarkan sejarah berulang kembali. Jika ditakdirkan kita tidak menang pada PRU akan datang, maka malang bagi BN di Selangor,” katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor berkata selepas tamparan pada 2008 ekoran kekalahan BN di Selangor, semua pihak sepatutnya tidak memikirkan soal jawatan dalam parti sebaliknya memberikan fokus dan insaf untuk merampas kembali Selangor.

Beliau berkata semua pihak perlu sedar dengan kesilapan lepas dan sama-sama memperbaiki diri dan mempersiapkan parti untuk memenangi hati semua pihak dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan semula keyakinan rakyat kepada BN.

“Jangan laung kita rampas, tapi kena laungkan juga kita insaf dengan pengalaman pahit. Sampai masa jika kita tidak jadi wakil rakyat, kita kena bersedia dan sanggup berundur serta terus memberikan sokongan kepada parti,” katanya.

Kata-kata Najib itu disambut dengan teriakan sokongan dari kira-kira 3,000 perwakilan yang dijemput serta mengundang aksi spontan pimpinan tertinggi BN di Selangor yang berada di atas pentas utama untuk sama-sama berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju.

Beliau turut mengulangi pertanyaan itu kepada semua hadirin yang turut berdiri dan menyatakan persetujuan.

“Saya tanya bukan apa, kadang-kadang bila kita kalah ini, semak punya semak yang khianati kita, ahli kita sendiri,” katanya dalam nada seloroh sambil meminta semua ahli BN setia kepada parti.

Perdana Menteri berkata pemimpin BN di Selangor perlu menjaga hati dan pastikan semua anggota parti sentiasa dekat dengan BN termasuklah generasi baru iaitu golongan muda yang mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang ‘cool’.

“Imej kena jaga pendekatan kita juga kena cool, macam orang muda hari ini mereka lebih gemar dengan panggilan ‘bro’, jadi kita kena fahami mereka terutamanya kebanyakan mereka merupakan pengundi kali pertama,” katanya.

Najib berkata bacaan politik di Selangor juga perlu tepat sekiranya mahu menilai dan memastikan kemenangan BN di negeri itu terutamanya dalam hal membabitkan laporan penilaian yang dihantar kepada pihaknya.

“Bacaan politik kena tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas, kalau buat program bukan output yang penting tapi outcome,” katanya.

Beliau berkata BN perlu jujur dan ikhlas dalam tindakan dan langkah yang diambil dalam perjuangan untuk merampas semula Selangor termasuk mempunyai akujanji tiada sengketa dalam BN sendiri serta parti-parti komponen

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun