Skip to main content

Peristiwa Bukit Kepong- Mat Sabu Jadi bodoh tak belajar disekolah kut-TM...

Pemimpin wujud dari kalangan rakyat juga. Kewujudan mereka dalam pelbagai keadaan. Ada yang kerana keberanian, kerana kekayaan, kerana kepintaran, kerana kebetulan, kerana populariti, kerana kaagamaan, kerana keturunan atau kerana karismanya tersendiri. Tidak semua manusia boleh jadi pemimpin masyarakat walaupun mereka berkelulusan PhD. Dan untuk menjadi pemimpin, tidak juga memerlukan kegagahan. Orang cacat pun boleh jadi pemimpin seperti seorang Presiden Amerika semasa Perang dunia ke dua dahulu. Jadi setiap pemimpin yang wujud adalah seorang manusia yang dianugerah Allah mempunyai sesuatu tarikan diri lebih dari orang lain yang menyebabkan orang ramai/rakyat sukarela menerimanya atau terpaksa menerimanya sebagai pemimpin mereka. Dalam pemerintahan atau dalam berpolitik, manusia tidak boleh bertindak bersendirian. Jadi saya rasa tidak timbul bahawa Pahlawan dulu yang menentang British adalah kerana kepentingan diri. Jika mereka berkepentingan diri, pihak penjajah sedia merasuah mereka dengan wang atau kemewahan agar mereka tidak menentang British. Namun mereka memilih berjuang hingga mati dan dihina oleh penjajah. Pemimpin yang berkepentingan diri contohnya adalah seperti Mat Sabu. Dari muda sampai ke tua asyik mencaci dan mencela orang sahaja. Tidak ada pemimpin negara yang baik baginya. Wal hal dia sendiripun tidak bersih. Pernah ditangkap berkhalwat dengan bini orang di hotel perdana Kota Baru. Itu yang kita tahu kerana pernah dibawa ke muka pengadilan. Disebalik dirinya yang tidak bersih, dia memberikan gelaran "AL-JUBURI" pula kepada Anwar Ibrahim. Kerana apa?. Keranan pada masa itu Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri. Wal hal mereka pernah dalam satu kumpulan merusuh dalam tahun 1973/1974 dahulu. Tetapi bila Anwar dipecat dari Timbalan PM alih-alih dia memmbela dan memihak kepada Anwar pula. Mengapa dia tak bagi gelaran "Al-BELALAI" atau "AL-BOGELI" kepada Anwar. Dan yang lebih memualkan, kerana untuk mengambil hati orang Cina, dia melebelkan Polis yang mati di Bukit Kepong bukan pejuang kemedekaan kerana mereka polis penjajah sebaliknya mengangkat Pengganas Komunis Cina dan Melayu Belot (Mat Indera) sebagai hero. Inikah dia pemimpin yang kita mahukan.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...