Skip to main content

UMNO Dan BN Perlu Bawa Transformasi Untuk Mendahului Perubahan-Najib Tun...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi parti yang moden, progresif dan mampu membawa transformasi yang besar kepada negara untuk bertahan lama sebagai sebuah parti politik.

Berucap pada sambutan Aidilfiltri Merdeka Raya Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN perlu memberi gambaran sebagai satu-satunya parti yang mendahului pembaharuan untuk negara dan bukannya pembangkang.

“Sebab itulah sebagai sebuah parti politik kita jangan takut untuk berada di barisan saf hadapan untuk menangani perubahan demi perubahan,” katanya.

Beliau turut mengaitkan perubahan itu dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menurutnya, bukan berdasarkan desakan pembangkang.

“Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana permintaan pembangkang. Kini saya tunaikan janji dengan pemansuhan ISA yang akan digantikan dengan dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang akan diambil,” katanya.

Najib berkata usaha pemulihan parti yang telah berjalan rancak sejak tiga tahun lepas dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, juga telah sedikit sebanyak meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Rakyat mula yakin konsep ‘Rakyat Didahulukan’ bukanlah slogan semata-mata, sebaliknya merupakan sesuatu yang diperjuangkan oleh parti dalam bentuk pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan sepanjang masa tersebut.

“Keadaan ini juga kerana kita berada di hadapan kelok perubahan. Saya tekan perkara ini kerana kalau kita imbau kembali lipatan sejarah negara kita berjaya sebagai sebuah parti politik kerana hakikat sedemikian, kerana kita berjaya mengemudi perubahan kerana pendirian dan dasar kita yang mendahului zaman,” katanya.

Najib berkata perkara itu terbukti berdasarkan sejarah negara apabila kepimpinan negara memilih jalan permuafakatan antara kaum dan rundingan sebagai laluan untuk memperoleh kemerdekaan negara dan bukannya melalui pertumpahan darah.

“Semasa menuntut kemerdekaan, negara lain berhempas-pulas, terpaksa bertumpah darah menentang penjajah tetapi kita pilih jalan permuafakatan antara kaum dan rundingan untuk mencapai kemerdekaan, dan dengan menggunakan hikmah itu kita jaya mendapatkan kemerdekaan dengan cara yang jauh lebih mudah daripada negara lain.

“Kita mendahului zaman bila kita mewujudkan perkongsian politik antara kaum melalui parti Perikatan dan BN berjaya mentadbir negara dengan aman dan dapat mewujudkan kestabilan dalaman dengan begitu jaya,” katanya.

Najib berkata konsep pendekatan yang mendahului zaman itu juga boleh dilihat ketika negara berhadapan ancaman komunis dengan pendekatan memenangi hati dan fikiran rakyat.

“Kita berjaya mengalahkan ancaman komunis kerana kita telah berjaya memenangi hati dan fikiran rakyat kerana rakyat menyokong kita bukan semata-mata kerana kita menggunakan kuasa tentera tetapi kerana rakyat bersama kita,” kata Perdana Menteri.

Katanya sokongan rakyat yang semakin meningkat itu juga dapat dilihat berdasarkan kehadiran orang ramai yang memberangsangkan dalam setiap majlis yang dianjurkan baik oleh kerajaan, UMNO mahupun BN.

“Saya tidak berani membuat kesimpulan tetapi barangkali orang kata sedikit sebanyak ini menggambarkan sokongan rakyat kian meningkat kepada UMNO dan BN,” katanya.

Najib berkata penganjuran majlis-majlis seumpama rumah terbuka dapat membuka pintu parti kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja penyokong parti tetapi juga kepada rakyat biasa.

“Sebagai sebuah parti politik, kita berdiri dan berpaksi atas sokongan rakyat.

“Bila kita adakan majlis seperti ini kita mengingatkan pada diri kita bahawa sokongan kita akan menjadi sokongan bermakna, akan berkekalan sekiranya ia bertunjangkan sokongan daripada rakyat teramai yang mana manifestasinya dapat dilihat melalui majlis-majlis seperti ini,” katanya.

Najib juga menyentuh mengenai peristiwa serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lepas, dan berkata UMNO akan terus menjadi pembela maruah mereka yang terkorban dalam insiden itu walaupun ada pihak lain yang menghina dan menidakkan jasa serta pengorbanan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun