Skip to main content

Guang Eng Lupa Pulau Pinang Dan Johor Adalah Negeri Dalam MalaysiaMenter...

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan Lim Guan Eng menabur fitnah dan memberikan gambaran buruk tentang negeri Johor tidak akan memberi pandangan negatif orang luar kepada Malaysia, sebaliknya memberi pandangan negatif kepada Lim Guan Eng sendiri.

“Sebagai seorang warga Negara Malaysia, Lim Guang Eng yang dan juga sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ketua Menteri sebuah negeri dalam Malaysia, beliau adalah bertanggungjawab menjaga nama baik Malaysia.

“Barangkali beliau terlupa, bahawa Pulau Pinang dan Johor itu terletak dalam Malaysia, dan sebagai Ahli Yang Berhormat, apa yang diluahkan oleh Lim Guan Eng ini, Nampak sekali beliau seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mencintai Negara kita, Malaysia ini,” ujarnya di Lobi Rehat Ahli-Ahli Parlimen di sini.

Ujarnya, mungkin Lim Guan Eng hanya fikirkan Pulau Pinang negeri sendiri, bukannya negeri yang terletak dalam Negara Malaysia.

“Inilah yang harus kita titik-beratkan, bahawa perbezaan antara parti politik, kepentingan politik dengan kepentingan Negara. Setiap YB dan setiap wakil rakyat, keutamaan kita adalah pada negara kita.

“Kalau kita sebagai YB dan mempunyai jawatan tinggi tetapi memburuk-burukkan negara kita di luar negara, saya ingat ianya satu tindakan yang tidak sihat, tidak bijak, saya rasa amat kesal sebagai Menteri Luar di mana negara-negara jiran dan negara seluruh dunia menganggap bahawa negara kita merupakan sebuah Negara Islam yang progresif, yang harus dicontohi tetapi anak-anak Malaysia sendiri memburuk-burukkan nama Malaysia,” tambahnya.

Namun beliau yakin, walaupun usaha memburuk-burukkan nama Malaysia ini dibuat oleh pakatan pembangkang, namun ia tidak memberikan kesan yang negatif kepada negara.

“Saya yakin, kenyataan Lim Guan Eng tidak memberikan kesan yang teruk kepada negara, sebaliknya ia memberikan kesan buruk dan nama baik kepada Lim Guang Eng sendiri,” tambahnya lagi

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...