Skip to main content

PAS Buat Gimik Politik Lagi -YB Nizar Zakaria Ahli Parlimen Parit.

Pas kini sebenarnya dalam keadaan yang cukup keliru akibat permainan sempit pemimpin mereka sehingga terpaksa sorong papan tarik papan.

Ini gambaran yang diberikan Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria yang menyifatkan Pas seperti hilang arah malah lebih malang kelirukan dengan prinsip perjuangan mereka sendiri.

Apa tidaknya kata beliau setelah sekian lama berjuang kononnya ingin menegakkan negara Islam, Pas dalam muktamar terbaru tiba-tiba menggugurkan perjuangan itu dan menggantikannya dengan negara kebajikan.

Namun jelasnya apabila perjuangan negara kebajikan telah memerangkap mereka, Pas bertukar lagi dengan mewar-warkan semula hukum hudud.

“Rakyat sebenarnya sedar dan memahami bahawa kebajikan, bantuan ataupun subsidi atas nama kebajikan kepada rakyat dalam negara ini, telah pun dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional, kerajaan yang memerintah selepas negara merdeka lahi.

”Bila cara tersebut tak boleh jalan, Pas terpaksa mendendangkan semula lagu lama mereka iaitu hukum hudud”, katanya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen di sini.

Hakikatnya tegas beliau mana mungkin Pas mampu melaksanakannya jika mereka hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen sahaja.

”Mereka mewar-warkan kepalbagaian isu umpamanya hudud ini menjelang pilihan raya, yang bertujuan untuk meraih simpati.

”Malah Pas sendiri sentiasa longlai bila berdepan dengan tentangan yang cukup hebat daripada DAP yang teguh menentang pelaksanaan hukum hudud. Ini menyebabkan pakatan pembangkang makin caca merba… ada yang mahu, ada yang tolak dan ada yang hanya jadi lalang”, katannya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit.

Apa yang nyata tegas beliau Pas walaupun mereka duduk bersama, tidur sebantal namun mimpi mereka bersama DAP dan PKR cukup berlainan dan apa sahaja matlamat-matlamat yang hendak mereka lakukan mendapat tentangan-tentangan yang cukup hebat.

“Mana mungkin dengan perbezaan ideologi politik yang berbeza antara Pas-DAP-PKR, mereka dapat memerintah dengan baik negara kita. Mana mungkin mereka mampu dan membuat perkara-perkara jika dalam kelambu mereka sendiri pun, mereka bertelagah, mereka bertentangan dan sebagainya.

“Apa yang jelas rakyat kini sedang melihat sandiwara pakatan mereka khususnya Anwar Ibrahim yang menyebut menghormati Pas untuk melaksanakan hudud tapi pada masa yang sama turut menyokong DAP yang menentang hukum tersebut, ” tambahnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...