Skip to main content

Amanat Haji Hadi

Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO,,la ni dah terbukti amanat yang di lakukan Hadi Awang satu ketika dulu telah membuat umat islam pecah belah. Bagaimana lah perasaan dengan orang yang taksub dengan amanat ini,sehingga sanggup bercerai berai,,putus tali persaudaraan,? apakah Hadi Awang ambil kisah apa yang berlaku setelah amanatnya yang membuat umat islam berpecah??

Hadi Awang harus bertanggungjawap apa yang berlaku ke atas umat islam kerana ketaksuban pengikutnya dengan amanat yang di lakukannya satu ketika dulu. Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang diKampung Benggol , Peradong , Kuala Terengganu pada 7 April1981 .

“Saudara -saudara sekelian percayalah ,Kita menentang UMNO , bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan . Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah . Oleh kerana itulah kita menentang mereka . Oleh
kerana itulah kita menghadapi mereka . Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka .

Percayalah saudara -saudara sekelian ,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita
adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan
(menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid . Mati kita adalah Islam .

Kita tidak perlu masuk Buddha , Kita tidak perlu masuk Hindu , Kita tidak perlu masuk Kristian , Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘ politik suku , agama suku ’ . ”
Soalan cepu emas untuk puak-puak pencacai,,la ni PAS pakai perlembagaan mana dalam dasar PAS?? Pakatan Haram pakai perlembagaan mana dalam kitab jingga??

Kerana amanat ini telah berlaku perpecahan umat islam,,siapa nak tanggung?

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...