Skip to main content

AnWar Di Tempelak Cuba Berdalih Kenyataan Sokong Israel



Kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) tentang isu Israel sebagai 'menakjubkan'...sebab daripada situ, kita seolah-olahnya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Dan menafikan hak rakyat Palestin dalam memperjuangkan pembebasan sepenuhnya terhadap bumi Palestin. Sedangkan penjuangan membebaskan bumi Palestin adalah satu perjuangan yang sah di sisi Islam dan undang-undang antarabangsa,

Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"

Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".
.
'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.


KUALA LUMPUR 13 Mac -- Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun