Skip to main content

Pernyataan Keuntungan FGVH Memberangsangkan, Menteri Sahkan FGVH Catat K...

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada Rabu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebelum ini yang menyatakan bahawa Felda Global VentureBerhad (FGVH) tidak pernah mencatatkankeuntungan melalui pelaburannya di luar negara.


Jelas beliau, nilai keuntungan luar negara yang dicatatkan FGVH seperti yang diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat Selasa minggulalu iaitu keuntungan sebelum cukai sebanyak RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010 telah difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan boleh diakses oleh orang awam.

Malah jelas beliau, catatan nilai pelaburan luar negara bagi 2011 kini sedang diaudit dan dijangka selesai penghujung bulan ini.

"Kami yakin angkanya juga menguntungkan, saya tak tahu nak kata berapa...tapi besar angkanya," katanya pada sidang media di lobiParlimen di sini, Rabu.

Isnin lalu, Salahuddin mencabar Ahmad untuk membuktikan kenyataannya secara bertulis dalam masa tiga hari mengenai keuntungan pelaburan asing FGVH yang telah diumumkannya sebelum ini.

Malah Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS mendakwa mempunyai dokumen terpeinci mengenai kerugian yang dicatatkan anak syarikat Felda itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pengumuman keuntungan pelaburan luar negara FGVH yang dibuatnya adalah berdasarkan catatan keuntungan secara berkumpulan.

"Biasalah dalam perniagaan ada syarikat untung dan rugi. Tapi yang penting angka saya beri iaitu RM203 juta dan RM366 juta adalah betul," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...