Skip to main content

Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri?


Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.

Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri. Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. 

Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah. Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.

Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti. Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.

Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM. Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan.

Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi. Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.

Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal. Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.

Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri. Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi. 

Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun. Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang?

Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun