Skip to main content

JELAJAH JANJI DITEPATI BIKIN PEMBANGKANG KECUT


                                        

Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka.

Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat. Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.'

Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung, Anwar pula akan menyusul. Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor, diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai, semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.

Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.
Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.

Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka. Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pembangkang kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Di Selangor, lebih dahsyat pula penagan pembangkang; negeri paling kaya itu kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit. Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati, barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan, malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.

Ambil sahaja contoh Lembah Pantai, di mana anak Anwar, Nurul Izzah menjadi ahli parlimen. Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.

Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai. Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah  Persekutuan dan Kesejateraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka, yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.


Hakikatnya, Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi, hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun