Skip to main content

Selain Anwar, Wan Azizah Juga Tengah Merayau Cari Tempat Bertanding?


Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri.  Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin.  Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan.  Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.  

Isterinya, Wan Azizah  pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar.  Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Soalnya, di mana?

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor.  Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.  Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.  Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’.  

Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai ‘boleh menang’ jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah entiti.  Tetapi, masalah di sini ialah, semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar.   Jika Wan Azizah benar-benar ingin bertanding di situ, maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya.   Dan kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR, apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka?  

Di dalam PR, penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya.  Justeru, bukan mudah untuk PR memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.  Sehingga ke hari ini, walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya.  Nampaknya, Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi.  Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya.  

Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesahkan cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka.  Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim.  Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya.  Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi, imej dirinya sebagai wanita mulia, waja dan tabah masih kekal.   Dari satu segi, beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya.  

Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan lagi untuk Anwar.  Kerana itu, beliau ingin bertanding lagi.  Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya.  Lupakan DAP, kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja.  Apapun keputusan Wan Azizah, yang pasti ialah seperti juga suaminya, Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya, bukan untuk rakyat ataupun negara.  Dan kita sebagai rakyat jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun