Skip to main content

Jangan Lepaskan Koo Ham Dari Tindakan Undang-Undang


Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega. Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.

Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai. Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.

Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan. Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.

Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP. Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat. Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.

Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang. Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...