Skip to main content

Naik Jet, Bas Mewah Gaya Zuhud




Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak. Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat.

Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga berjuta-juta, jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara. Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian, gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikian rupa. 

Para balaci bawahan mula terasa bangga merasakan pemimpin mereka berjiwa rakyat dan zuhud pula gaya kehidupannya. Tidak materialistik dan sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat. Pada fikiran mereka, para pimpinan pembangkang memiliki gaya hidup berbeza berbanding BN dan lebih dekat dengan nurani rakyat. Kini bila meletus sahaja isu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi milik seorang ahli perniagaan, para balaci mula berkerut muka dan akal pula semakin serabut tak keruan. 

Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan lori treler penuh bergaya, ditambah pula isu jet peribadi, cukup untuk meletakkan para balaci PR merasa sukar menerima kenyataan betapa pucuk pimpinan yang difikirkannya begitu tawadduk dan zuhud seperti Anwar dan lain-lain, tiba-tiba sahaja kelihatan lain sama sekali. Dalam keadaan sengal dan bengang, tetap akan ada balaci PR yang cuba menepis isu dengan berandaian apa salahnya untuk Anwar serta pemimpin pembangkang menikmati permandangan udara dari sebuah jet mewah itu. 

Itu senario biasa sebenarnya bagi balaci pembangkang lebih-lebih lagi untuk yang berstatus totok sejak azali yang sentiasa berfikir dari bawah tempurung berbanding menganalisis suasana dari mata burung. Dunia politik negara kita sebenarnya terlampau banyak politikus hipokrit dari parti pembangkang yang diawal tingkat popularitinya mencanak naik, gemar memaparkan gaya hidup tawadduk dan zuhud supaya sentiasa diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikuti denyut nadi khalayak.

Namun, resam dunia acapkali membuktikan yang seringkali mempotretkan diri mereka sebagai zuhud, tawadduk dan cakna rakyat akhirnya lemas dalam pelukan kemewahan dan gaya hidup eksklusif. Anwar Ibrahim dan gaya hidup zuhudnya bersama bas mewah, treler bergaya dan sebelumnya gah bergaya bersama kereta eksklusif serta kini bangga merentas ruang udara dengan jet peribadi yang sewaan per jamn harga beribu RM sebenarnya tidak sendirian.

Lama sebelum ini, MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat sudah acapkali bergaya sakan bertukar ganti kereta mewah walaupun jelas sekali amat kontra dengan seruan lamanya yang mahu rakyat Kelantan menerima takdir kemiskinan. Ini realiti dan watak sebenar pemimpin politik hipokrit sekalipun jubag dan serban kekal dipakai, nafsu keduniaan tetap jua menguasai diri.

Pemimpin-pemimpin PR yang baru diuji dengan secebis kuasa diberi peluang mengurus tadbir beberapa negeri pula, pun sedemikian juga. Baru beberapa bulan menguasai urus tadbir negeri, kereta sudah bertukar ganti dan kuota isteri kedua mula dipenuhi. 

Rumah masing-masing makin besar, dari papan menjadi banglo dan urusan tender serta kontrak sudah pandai berkira soal komisyen dan sumbangan untuk kantung peribadi. Ini juga realiti, kahak yang sebelumnya diludah ke muka lawannya begitu selera dijilat kembali. Hakikat. Tapi walau demikian rupa, ia masih tidak menghalang para balaci bawahan berusaha mencari makna baru bagi perkataan zuhud untuk menjustifikasikan keharusan untuk pemimpin pakatan pembangkang seperti Anwar dan lain-lain rakan pimpinannya menikmati gaya hidup mewah.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...