Skip to main content

PEMBANGKANG BANGGA TERIMA AYAM PENCEN POLITIK


Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru. Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya.

Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut. Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan. Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain.

Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri. Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut.

Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew. Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong.

Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan. Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri  mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula. Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front.

Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak. PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993. Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.

DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu. Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka. Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.

Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas. Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun