Skip to main content

Tanpa Anwar, Terbukti Perhimpunan Jadi Aman


Tanggal 21 September 2012 yang lepas, umat Islam dari seluruh negara telah berhimpun secara aman di pelbagai lokasi sebagai bantahan terhadap filem Innocecence Of Muslims yang telah menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di ibukota Kuala Lumpur, dua perhimpunan dijalankan serentak - satu di perkarangan Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala satu lagi dilangsungkan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak. Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu ternyata telah berlangsung dalam keadaan tenteram dan aman tanpa sebarang kejadian tak diingini walaupun kehadiran peserta mencecah ribuan orang.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila kelibat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang tidak kelihatan di mana-mana lokasi perhimpunan pada hari itu. Anwar tidak berada di Jalan Tun Razak dan tidak juga menghadiri himpunan di Kampung Baru. Di Pulau Pinang, negeri tumpah darahnya juga bayang Anwar langsung tidak nampak sekalipun beberapa himpunan jalanan di sana telah menggabungkan hadirin yang terdiri dari pelbagai parti politik.

Pelik bukan? Tatkala kesucian agama Islam dan imej baik Nabi Muhammad s.a.w dirobek oleh musuh Islam melalui filem Innocence of Muslims, Anwar pula mengambil sikap mengasingkan diri dari menyertai sebarang perhimpunan membantah penghinaan tersebut. Tidak diketahui sama ada Anwar sengaja tidak menyertainya kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko dana asing dari Yahudi Zionis untuk kempen pilihanrayanya dipotong atau sebaliknya, sukar untuk ditentukan misterinya.

Sedangkan selama ini, reputasi Anwar cukup terkenal sebagai antara pemimpin politik yang tidak pernah melepaskan peluang merangka demonstrasi dan menyertai pelbagai perhimpunan jalanan.Malah sejak dekad 1970-an semasa dirinya masih bergelar pelajar Universiti Malaya (UM), nama Anwar sudah sinonim sebagai pelopor demonstrasi dan himpunan jalanan termasuklah pernah menggemparkan negara dengan isu rekaannya konon ada penduduk di daerah Baling, Kedah yang mati kebuluran.

Manakala semasa era kegelapan reformasi pada akhir 1990-an, Anwar yang ketika itu baru dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri telah mengembleng pengikutnya di seluruh negara untuk berkubu di ibukota seterusnya mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.Ketika himpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 pula Anwar juga tidak melepaskan peluang menghadirinya malah mengambil peluang menyampaikan ucapan politik kepada hadirin.

Lebih menarik lagi, baik ketika Anwar menyertai demonstrasi jalanan tahun 1970-an, perarakan reformasi akhir 90-an hinggalah himpunan jalanan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semuanya berakhir dengan penuh keganasan dan huru hara.

Dalam demonstrasi 1970-an ramai yang tercedera selepas para pelajar yang diketuai Anwar gagal mengawal diri membawa kepada pertentangan terbuka dengan anggota keselamatan. Semasa demonstrasi jalanan reformasi pula, berpuluh orang tercedera dan ditahan, serta harta benda awam dirosakkan termasuklah kemusnahan di bahagian hadapan pintu cermin bangunan PWTC. Manakala jalan-jalanraya di sekitar KL pula dipenuhi dengan tayar dan sampah sarap yang dibakar oleh pengikut Anwar.

Demikian juga ketika berlangsungnya himpunan 'aman' Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, suasana yang aman dipermulaannya hanya bertahan sekejap cuma, beberapa ketika selepas Anwar berucap, suasana aman dan tenteram terus tergugat dan emosi peserta himpunan membuak-buak dengan emosi amarah yang menggila. Selanjutnya berlakulah pertentangan terbuka mencabar kewibawaan pasukan keselamatan dan para peserta mula merempuh sekatan serta ada yang mencederakan anggota polis serta menterbalikkan kenderaannya.

Melihat pada sejarah hitam dan reputasi buruk yang melingkari sejarah hidup Anwar, mungkin juga sebenarnya ketidakhadiran Anwar di himpunan membantah penghinaan yang dilakukan oleh filem Innocence of Muslim itu boleh dianggap sebagai satu rahmat untuk para peserta himpunan. Setidak-tidaknya ia menjadi bukti kukuh bahawa tanpa penglibatan Anwar, sesuatu himpunan aman itu kekal menjadi aman manakala aktiviti harian dan ekonomi dapat terus beroperasi seperti biasa. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun