Skip to main content

Twitter Ngeh Mewakili Suara Hati DAP


Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah anti-Islam dan anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya adalah konsisten dengan pendirian partinya.   ‘Kesilapan’ Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya.    

DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan kaum lain.  Ini adalah hakikat yang nampaknya masih ada yang tidak dapat memahaminya.  Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan maksima dari segala segi, di negara kita yang tercinta ini.  Itu saja.  

Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani isu-isu semasa.  Jika masjid yang disimbah cat oleh anak Cina, ia adalah kenakalan anak-anak kecil.   Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang menjadi sasaran yang sama, DAPlah orang yang pertama memprotes dan menjadikan isu tersebut sebagai isu perkauman yang amat serius.   

Bukan kerana DAP prihatin sangat terhadap agama Buddha, Hindu atau Kristian tetapi kerana DAP ingin mencetuskan permusuhan sesama kaum, terutamanya membangkitkan kebencian terhadap kaum Melayu dan Islam.  Semuanya dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam. Begitu juga dengan kes wanita Melayu yang dipaksa berbogel dalam tahanan pihak berkuasa tetapi disangka DAP sebagai wanita Cina.  Riuh rendah DAP memperjuangkan hak wanita tersebut sehinggalah mereka mendapat tahu identitinya iaitu seorang Melayu, maka DAP pun diam membisu.  \

Dan jangan kita lupa bagaimana pemimpin DAP masuk ke rumah orang Melayu tanpa membuka kasut, konon dalam lawatan ‘prihatin’ terhadap rakyat?  Gambar lawatan ini telah pun tersebar luas di internet dan DAP tidak mampu menafikannya lagi.  Jika ini bukan bukti sifat biadap, tidak hormat dan tidak sensitive terhadap budaya dan agama kaum majoriti di negara ini, apakah ia?

Nampaknya, dasar tertutup negara nenek moyang mereka dahulu menjadi akar yang kuat yang membentuk sikap pemimpin dan penyokong DAP.  Dasar tersebut, secara tidak langsung telah membentuk sikap tidak peduli dan tidak prihatin terhadap segala sesuatu yang tiada kena mengena dengan diri, keluarga dan kaum mereka.   

Oleh itu, pernahkah kita mendengar DAP turut prihatin dengan nasib rakyat Bosnia, Palestine atau Rohingya?   Pernahkah DAP memperjuangkan atau menunjukkan sensitiviti terhadap sesuatu isu yang di luar skop politik, iaitu yang tidak memberi keuntungan kepada kaumnya tetapi atas dasar kemanusiaan semata-mata?

Tidak, kerana  DAP tidak pernah ambil peduli terhadap kaum dan agama lain.  Malah, sifat kemanusiaan DAP juga sukar untuk dikesan.   Di Pulau Pinang, DAP sanggup merobohkan kampung, merampas tanah dan menutup pintu rezeki peniaga-peniaga kecil tanpa berfikir panjang, semata-mata kerana mereka bukan berbangsa Cina.   Dan ini hanyalah 1% dari sifat kejam DAP yang ditonjolkan.  Bayangkan jika kuasa berada di tangan mereka sebanyak 50%? atau 80%? atau 100%?  

Dengan sikap DAP ini, kita tidak harus terkejut apabila Ngeh menyatakan yang memprotes penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah membuang masa dan tenaga.  Jelas, Ngeh hanya berlaku jujur meluahkan rasa hati sebenar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini dinafikan mereka.   

DAP boleh menafi yang kenyataan Ngeh adalah merupakan cerminan pendirian parti mereka, tetapi rakyat boleh menilai sendiri siapa DAP dari rekod sejarah parti tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun