Skip to main content

Pecat Nasha: Rakyat Gembira Usaha Najib Satukan Palestin, Kecuali PAS


Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.   Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.   

Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.   

Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa.  

Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.   

Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel.   

Oleh itu, komitmen Dato’ Seri Najib untuk membantu saudara seagama, tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.   Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat, isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik.  

Walaubagaimanapun, pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.  Ini kerana PAS, iaitu salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Islam, cukup sinonim dengan perpecahan.  

Bukan kita tidak tahu bahawa antara ‘kepantangan’ di dalam PAS ialah penyatuan ummah.   Kita juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.   

Oleh yang demikian, kita tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya, atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine.  

Sikap PAS yang amat memusuhi ‘penyatuan ummah’ ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.    

Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, bahawa bagi PAS, segala-galanya adalah politik, dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata - termasuk nasib umat Islam Palestine.   Justeru, tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza, dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.   

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu; menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama, dan bukan sebaliknya.  

Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang, dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka, PAS pula berdoa agar UMNO K.O.  

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri, tetapi PASlah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.    Namun, tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.  Manakala, apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian, seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula, dianggap sebagai membelot.  

Apapun, kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan, terutama di negara Islam.   Lebih dari itu, kita juga bangga mempunyai pemimpin yang berani, bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun