Skip to main content

Seminar Nusantara: Apa Seterusnya?



                               
                                                                     
                                                                     
                                             
 

Pembentangan kertaskerja sekitar Seminar Nusantara pada 18 – 20 Januari lalu wajar diambil sebagai panduan bagi seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia dalam mengatur langkah mengharungi cabaran dan halangan dalam berbagai bentuk dan arah.  

Dalam konteks Malaysia, yang mana umat Islam masih tercari-cari identiti dan arah tuju, pembentang dari Indonesia oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub  yang membawa tajuk ‘Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia’ cukup menarik untuk dijadikan rujukan.   Mengupas sejarah Islam di Indonesia, beliau menyimpulkan bahawa Islam itu tidak khusus kepada bangsa atau budaya Arab serta tidak tertakluk kepada imej tetap.  Contohnya,  pakaian jubah, serban ala Arab atau bentuk kubah bukanlah simbol atau tanda Islam, ia hanyalah bersumberkan inspirasi dan imaginasi manusia yang dipengaruhi budaya yang juga dipengaruhi oleh iklim persekitaran si-perekanya.  

Meletakkan satu ‘imej’ khas terhadap Islam boleh menimbulkan permasalahan di mana umat Islam cenderung untuk membuat penilaian sendiri apa yang Islam, apa yang tidak cukup Islam dan apa yang tidak Islam.   Sedangkan, Islam itu telah ditegaskan sebagai sesuai dengan semua tempat dan zaman.   Maka, apabila Islam mula sampai di Jawa, ia tidak pernah menukar budaya, imej, struktur dan arkitektur Jawa.   Kerana itu, ia mudah diterima masyarakat Jawa tanpa banyak bicara kerana mereka tidak perlu membuat apa-apa perubahan drastik dari segi landskap kehidupan mereka, selain dari berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama manusia, di samping melakukan ibadah dan meninggalkan yang mungkar.    

Pendek kata, ia lebih merupakan perubahan dari segi kerohanian, menyucikan hati serta belajar mengenalpasti batasan-batasan dan peraturan bagi membentuk masyarakat yang lebih maju dan bertamadun.   

Mengambil pengajaran dari kertaskerja ini, umat Islam di Malaysia wajar mengakui betapa kita telah keterlaluan dalam melebihkan ‘imej’ berbanding perkara pokok dalam Islam.   Akibatnya, wujudlah masyarakat Islam yang gemar menilai sesama sendiri sehingga membawa kepada perpecahan.    Dari situ timbullah sikap suka mendewa-dewakan seseorang berdasarkan ‘imej’ sehinggakan begitu mudah sekali seseorang itu dinobatkan sebagai ulama, iaitu dengan hanya menepati menonjolkan ‘imej’ Islam mengikut purata piawaian pendapat masyarakat.   

Masalah ini dikupas dengan jelas oleh pembentang dari Malaysia iaitu Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Pensyarah UIA dalam kertaskerja yang bertajuk ‘Islam di Asia Tenggara:  Cabaran dan Harapan’.  Menurut Prof. Sidek umat Islam di Malaysia kini diancam pemikiran cetek dan remeh akibat meletakkan ‘imej’ sebagai mengatasi ‘ilmu’.  Hari ini, konsep ‘dakwah’ di Malaysia adalah dalam bentuk sindiran atau ‘bidas’, kalaupun tidak mengutuk mereka-mereka yang ‘berdosa’ di mata para pendakwah.  Akibatnya, wujudlah masyarakat yang prejudis, yang memandang serong sesama sendiri, biadap dan tidak bersatu padu sedangkan pendakwah sebenar seharusnya membawa semangat kasih sayang, hormat menghormati, perpaduan serta melarang keras sikap suka menghukum atau menilai sesama manusia.  

Konsep ini diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Kamal Saidin dalam sessi berasingan tetapi turut merupakan kesinambungan dari seminar ini.  Menurut Ustaz Kamal, dalam bahasa mudahnya, “ulama-ulama ini suka mengambil-alih kerja Allah SWT (menghukum) tetapi tidak menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya.”

Kerana ulama atau pendakwah beginilah maka masyarakat Islam hari ini meletakkan sepenuh tumpuan pada imej kerana bimbang disindir atau dibidas oleh orang lain sedangkan asas Islam di dalam diri sendiri masih lagi terlalu lemah.  Semuanya sibuk ‘menyempurnakan’ imej, lalu meremehkan tugas untuk ‘melengkapkan’ ilmu dan kadangkalanya, amalan juga.  

Keadaan inilah yang memudahkan sebahagian dari kita begitu mudah untuk tergelincir akidah atau tersesat yakni, terlalu mudah diperdaya atau ditarik keluar terus dari Islam walaupun pada dasarnya penampilan mereka ini menepati imej Islam menurut pendapat masyarakat.   Tidak kurang juga yang memberontak tanpa sedar akibat sering dicemuh, diejek dan diperlekehkan semata-mata kerana penampilannya tidak menepati piawaian yang dikehendaki oleh masyarakat sehingga akhirnya menimbulkan benci serta mempersoalkan kemurnian Islam.  

Masalah Ulama tidak membuat kerja mereka yang sepatutnya tetapi sibuk membuat kerja Allah SWT ini menyebabkan seruan Islam tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.   Sedang para Ulama sibuk ‘mengIslamkan’ negara, undang-undang dan orang yang telah sedia Islam atau mengkafir dan memurtadkan sesama Islam, mereka telah terlepas pandang akan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Asli di sekitar semenanjung yang belum menerima seruan.   

Antara yang didedahkan di dalam perbincangan lanjutan dari seminar tersebut juga ialah mengenai kisah-kisah kaum bumiputera yang ingin benar mengetahui tentang Islam tetapi terlebih dahulu didekati oleh puak Kristian.   Walaupun begitu, mereka tidak pernah memadamkan keinginan untuk mempelajari Islam dan sering menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan maklumat tentang Islam di mana saja ada kesempatan seperti ceramah di sekolah dan sebagainya.  Di masa yang sama usaha puak Kristian untuk mendekati mereka sentiasa ditingkatkan tetapi tiada usaha langsung dari pihak ulama Islam untuk berbuat yang sama.  

Apabila memikirkan bagaimana di kalangan masyarakat Islam memakai ‘imej’ Islam dan sudah mempelajari Islam sejak kecil juga masih boleh disesatkan oleh Ulama palsu atau dimurtadkan oleh pendakwah agama lain, maka apatah lagi mereka ini yang tiada asas mengenai Islam. Walaupun mereka memendam minat kepada Islam, mereka-mereka ini tentu saja mudah dikelirukan dengan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.  

Justeru, apa yang dapat disimpulkan dari Seminar Nusantara ini ialah masalah yang melanda Umat Islam hari ini telah berakar umbi dan bercabang-cabang.   Namun, sehingga kini, walaupun para pembentang dapat mengupas dan mencari puncanya, penyelesaiannya masih terlalu jauh.   Jalannya juga masih terlalu kabur.  

Dari situ, saranan Tuan Haji Zakariyya Adam, Ahli Parlimen Kemboja dan juga pembentang kertaskerja bertajuk “Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja” agar diwujudkan satu Pusat Rujukan Islam Tertinggi bagi rantau ASEAN yang merangkumi Ulama-ulama serantau untuk menangani kesemua masalah ini secara bersepadu dan tersusun.   

Kesimpulannya, Seminar Nusantara telah berjaya dilaksanakan, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa tanpa tindakan susulan yang tegas dan pantas. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun