Skip to main content

Isu Sumpah Laknat Buat Pencacai Pembangkang Meroyan Gila


                                 






Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya, seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim. Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu, kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan ‘alat’ orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar.


Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan, blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal MalaysiaWaves bagi membela puak-puak ‘Anwarinas’ @ kumpulan Endorgan di dalam Pas. 


Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu, dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai ‘Melayu Bodoh’.


Yang menariknya, tindakan kurang matangnya itu, turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petugas media yang cenderung kepada pembangkang. Maklumlah isu sumpah laknat ini sering menghantui Anwar, kerana sehingga kini dia masih gagal bersumpah untuk membersihkan dirinya dari pelbagai isu.


Jadi sudah pasti tindakan sekumpulan wartawan yang meminta Azlan membuat perkara yang sama mengundang kemarahaan mereka. Lebih mengelikan hati ialah, hujah yang digunakan kononnya sumpah laknat tidak ada di dalam Islam sedangkan sebelum ini dia juga turut mengunakan pendekatan untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah. 


Penulis tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai blogger upahan pakatan pembangkang ini, kerana sudah menjadi lumrah untuk pencacai mempertahankan ‘makluk’ yang bernama Anwar Ibrahim. Namun yang menariknya ialah, blogger tersebut sebelum ini pernah dikatakan antara 12 kumpulan bloggers ‘belaan’ yang menerima bayaran bulanan dari salah seorang pimpinan di dalam PKR. Tugas mereka mudah, fitnah dan maki semua pimpinan BN/Umno dan di masa yang sama 'bela dan angkat' Anwar setinggi mungkin.


Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa dia begitu takut dengan persoalan untuk meminta Azlan agar bersumpah laknat? Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan berani kerana benar, atau mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat?


Bukan apa, sebab ramai orang di luar sana yang masih tertanya-tanya dan sangsi dengan kenyataan bapa Saiful yang cuba ‘korner baring’. Tambahan pula sidang akhbar tersebut telah di atur oleh ahli parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul. Jadi semua persoalan ini semakin menimbulkan keraguan dan tanda tanya yang perlu dijawab.


Sudahlah sidang akhbar tersebut diadakan dalam keadaan tergesa-gesa, dan yang peliknya Johari selaku penganjur pada hari itu, hanya menjemput sebilangan kecil media-media yang terpilih (pro pakatan pembangkang) sahaja. Sedangkan umum mengetahui pimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu ‘gila glamour’ terutama dalam hal berkaitan media kerana kemaruk untuk mendapatkan publisiti.


Tambahan pula, mereka sedar dengan perangai Anwar yang sering tidak menentu dalam banyak perkara terutamanya dalam memilih calon PKR. Mana-mana pemimpin PKR yang dilihat tidak banyak membantu serta kurang membela Anwar, dikatakan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.


Ini kerana Anwar sedar mereka yang kurang memperlihatkan sifat fanatik terhadapnya, bakal menjadi liabiliti di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula, sejarah telah membuktikan ramai dikalangan pimpinan dan wakil rakyat PKR yang telah melompat, kerana hilang kepercayaan kepada dirinya.


Jom sama-sama kita saksikan pencacai pembangkang yang meroyan berhubung isu sumpah laknat….

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...