Skip to main content

Wawancara Dengan Fairfax Media, Australia: Anwar Tuduh Malaysia Fobia Terhadap Dunia Lua

 
Ketika penyokong-penyokong Anwar masih lagi bingung cuba menepis video wawancara Anwar dengan radio BFM yang menyaksikan Anwar menentang diskriminasi terhadap terhadap golongan LGBT dan menganggap ianya merupakan hak peribadi seseorang, timbul satu lagi video yang membawa mesej yang sama dari Anwar, berkenaan isu ini.  

Video yang boleh didapati di http://www.smh.com.au/world/anwar-to-end-xenophobia-and-promote-freedoms-20130305-2fj1v.html adalah wawancara Anwar dengan Fairfax Media dari Australia yang disiarkan pada 6 Mac 2013.   Artikel berkenaannya pula yang ditulis oleh Lindsay Murdoch membawa tajuk “Anwar akan hapuskan xenofobia dan mempromosi kebebasan”.  

‘Xenofobia’ adalah salah satu gangguan psikologi yang berkaitan dengan rasa takut yang tidak rasional terhadap sesuatu yang asing, termasuk orang asing atau budaya serta apa-apa yang berbeza dengan kebiasaan atau budaya sendiri. 

Media Australia ini jelas mengangkat Anwar sebegitu tinggi dengan merujuk kepada beliau sebagai Dr. Anwar, pemimpin berkarisma.  Namun, dalam wawancara itu, Anwar pula sebaliknya mengkritik ahli politik Australia yang memuji pembangunan di Malaysia ketika melawat negara ini.  

Kata Anwar, mereka hanya melihat Menara Berkembar, Jambatan Terpanjang dan Empangan terbesar tetapi tidak melihat keadaan masyarakat India di ladang-ladang yang dikatakannya sebagai ‘menjijikkan’.  

Secara umumnya, Anwar mengkritik segala-galanya tentang Malaysia sebagai buruk, atau terburuk, tidak demokratik, tidak telus, kuku besi, kuno, terkebelakang, mundur, tidak maju, berfikiran sempit, kolot dan apa saja gambaran yang buruk yang mampu difikirkannya.    

Menurutnya, Malaysia di bawah pemerintahan beliau akan kelihatan berbeza dan lebih baik berdasarkan perubahan-perubahan yang bakal dilakukannya.  

Antaranya, beliau akan membenarkan kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Islam iaitu untuk keluar atau memeluk agama lain dan ini juga termasuk membenarkan penguatkuaan undang-undang syariah yang kontroversi.  Namun, beliau kemudian turut menekankan bahawa  undang-undang itu akan dikaji semula di mana klausa berkaitan jenayah mungkin akan dihadkan, dan ia mungkin hanya tertakluk kepada negeri-negeri tertentu sahaja.  

Anwar turut menyatakan yang demokrasi yang akan dibentuk di bawah pemerintahan beliau adalah dengan mengambil contoh India, Filipina dan Indonesia sebagai model.  

Seperti kebanyakan ahli politik lain yang ingin meraih undi kaum Cina, Anwar turut menuduh bahawa polisi ekonomi yang ada sekarang adalah berat sebelah terhadap bumiputera dan tidak adil kepada kaum lain.  Di masa yang sama, Anwar, seperti juga ahli politik lain itu, gagal memperinci dan menjelaskan dakwaan mereka dengan memaparkan angka dan statistik berkenaan pembahagian kek ekonomi negara bagi membuktikan ketidakadilan tersebut.     

Apa yang paling menarik mengenai wawancara ini ialah, Fairfax Media turut memaparkan gambar yang pernah menggemparkan Malaysia untuk beberapa jam, iaitu gambar seorang peserta Bersih, dikenali sebagai Suhardi yang kononnya meninggal dunia sebagai mengukuhkan dakwaan kekejaman kerajaan.  Sedangkan ‘kematian’ Suhardi  telah dibuktikan sebagai satu penipuan terancang oleh puak Anwar sendiri apabila si Suhardi ditemui masih hidup dan sihat di rumahnya.   Malah, lebih menjelikkan lagi, apabila Suhardi sendiri mengaku telah cuba berlakon sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian jurugambar tetapi tidak berjaya.   

Fairfax Media wajar merasa malu kerana menyiarkan gambar Suhardi di dalam laman mereka tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.   Jika perkara semudah ini juga media ini tidak mampu lakukan, maka tidak hairanlah apabila mereka begitu mudah memberi ruang, malah membantu menyebarkan keyakinan bahawa Anwar bakal mengambil-alih tampuk pemerintahan dari Datuk Seri Najib dalam PRU kali ini.  Nampaknya, Anwar dan Fairfax Media, sama-sama tidak punya kredibiliti mahupun integriti.  

Anwar seterusnya menyatakan bahawa terdapat perubahan dari segi sentimen rakyat Malaysia dan beliau yakin bahawa ini adalah titik penamat bagi Barisan Nasional.  Namun, orang Malaysia tahu bahawa yang nazak sekarang ialah Anwar dan bukan BN,  apabila seorang demi seorang pengganas Sulu di Lahad Datu dibunuh dan beberapa orang, telah pun dibawa ke mahkamah.  

Oleh itu media Australia boleh percaya dan tulis apa yang mereka suka, dan Anwar juga boleh bercakap apa saja yang beliau suka kepada orang asing.  Yang pasti, orang Malaysia tidak takut pada orang asing atau media asing kerana mereka tidak boleh mengundi di sini.  

Orang Malaysia cuma takut jika Anwar memerintah kerana beliau telah berikrar akan membawa kebebasan yang berbentuk kecelaruan dalam agama sepertimana yang b

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...