Skip to main content

Khalid Mahu Main Golf Selepas Kalah PRU13


                                                                     
                                                                     
                                            
"Tak jadi masalah, kalau kalah, saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak. Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah, itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN. Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat. Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Tidak syak lagi Khalid sudah menyedari sekiranya beliau terus bertanding di DUN Ijok, para pengundinya di kawasan berkenaan akan menghukumnya dalam PRU kali ini. Mana tidaknya, kalau dah selama 5 tahun menjadi wakil rakyat di situ, jarang sekali penduduknya berpeluang bertemu YB mereka. Selain itu, Khalid juga bakal berdepan dengan halangan rakan kepimpinan yang sudah bertahun-tahun menjalankan propaganda menolaknya di Ijok. Memang tak terdaya untuk Khalid menempuh semua cabaran tersebut. Mahu tidak mahu, Khalid terpaksa beralih arah mencari nafas baru di DUN Pelabuhan Klang dengan alasan pucuk pimpinannya memerlukan calon 'heavyweight' sepertinya untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang. PRU12 tahun 2008 dulu, DUN Pelabuhan Klang berjaya dimenangi oleh PKR dengan majoriti besar melebihi 4,000 undi berbanding majoriti kemenangannya di DUN Ijok hanya 1,920 undi sahaja. Berdasarkan perbandingan jumlah undi majoriti itu pun umum sudah dapat menjangkakan, Khalid sebenarnya sengaja memilih DUN Pelabuhan Klang kerana merasakan ia tempat selamat baginya. Macam ini punya MB memang memalukan, nampak sangat kebaculan dan kedayusannya. Tapi disebabkan Khalid sudah teringin benar untuk bermain golf, eloklah para pengundi di DUN Pelabuhan Klang mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasrat Khalid itu. Lagi pun, di Ijok pun rakyat dah menolaknya, tiada sebab untuk pengundi di kawasan lain menerimanya pula, bukan begitu?

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...