Skip to main content

Anwar Hilang Sokongan Melayu 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa.


                                      
                                        

Himpunan Bantah PRU-13 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam telah mengumpulkan seramai 40,000 penyokong PR.   Selalunya, himpunan sebegini adalah ‘kerja’ orang-orang PAS sementara DAP duduk menontonnya di komputer riba masing-masing.  Tetapi kali ini tidak nampak pula Unit Amal ataupun muslimah-muslimah dengan anak-anak kecil dan orang-orang tua turut ‘berjihad’ walaupun perhimpunan ini melibatkan PR secara keseluruhan bukan hanya PKR dan DAP.  

Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 
80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa. Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai ‘penipuan dalam PRU-13’ dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR. Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi. Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawasan sendiri. Majoriti Anwar merosot hampir 4,000 undi walaupun bertanding dengan orang baru. Hakikatnya, orang Melayu sudah menolak Anwar. Buktinya, PAS juga tidak lagi mengerahkan balacinya untuk memeriahkan himpunan yang ditaja Anwar. Kali ini yang menyokong Anwar adalah minoriti kaum Cina. Dan perkataan ‘minoriti’ itu sendiri sudah seharusnya memberi makna yang jelas dalam konteks demokrasi yang dilaungkan oleh Anwar sendiri. Orang Melayu rata-ratanya sudah letih dengan Anwar. Biarpun masih ada yang enggan mempercayai segala skandal seksnya namun tiada siapa boleh menafi kekayaannya yang luar biasa. Biarpun masih ada Melayu yang membenci UMNO tetapi mereka juga sudah muak dengan politiking yang keterlaluan. Jika dahulu mereka menuduh UMNO sebagai kebelakang, ketinggalan dan kolot dan kononnya Anwar adalah pembawa pembaharuan dan perubahan. Namun, politik yang melampau yang diamalkan oleh Anwar menunjukkan yang beliau sendiri tidak matang dan tidak professional. Orang Melayu sudah jauh ke hadapan meninggalkan Anwar, cuma segelintir sahaja yang boleh diperdaya dengan gambar kotak yang tersusun elok dikatakan sebagai jatuh dari helikopter. Dan Cuma segelintir sahaja yang menyahut seruan Red Bean Army DAP yang kurang cerdik membuat cerita gangguan elektrik di pusat pengundian dan memuatnaik beritanya terlalu awal. Dan segelintir sahaja yang boleh percaya bahawa stadium berkapasiti 25,000 boleh memuatkan sehingga 100,000 lebih manusia. Hakikatnya, orang Melayu adalah jauh lebih cerdik dari Anwar mahupun DAP. Menyedari hakikat inilah maka DAP ingin menyekat kemaraan kaum Melayu dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui undi. Tetapi, apalah yang diharapkan dari strategi DAP yang mengira pun tidak tahu dan menggunakan komputer pun terkial-kial sehingga memaksa parti itu berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran. Tidak cukup dengan itu, menaip pun tersalah sehinggakan harga kontrak bertambah lebih RM2 juta. Justeru, Anwar kini hanya mendapat sokongan kaum Cina DAP. Tetapi, kita percaya Anwar, walaupun lembab, beliau cukup maklum bahawa sokongan DAP kepadanya bukanlah ikhlas. Malah, di dalam perhimpunan semalam juga, kedengaran beberapa kumpulan Cina yang agak berumur dan matang memaki hamun Anwar kerana gagal membawa DAP ke Putrajaya. Jika kita perhatikan, di akhir-akhir tempoh berkempen, Anwar sebenarnya semakin lantang mengambil hati kaum Cina dengan menjanjikan penghapusan hak-hak Melayu. Atas janji itu, kaum Cina berpaling dari ‘Ah Jib Gor’ dan memberi 97% undi kepada DAP/PR. Mereka tidak sedar bahawa Anwar juga sama seperti mereka iaitu tidak secerdik mana. Oleh itu, himpunan semalam menyaksikan Anwar walaupun dikelilingi 40,000 orang, tetapi beliau sebenarnya keseorangan bersama isteri dan balaci tersohor DAP iaitu Mat Sabu. Tiada Hadi Awang, tiada Azmin Ali, tiada Mahfudz Omar, tiada Salahuddin Ayob malah tiada Karpal Singh bersamanya. Yang ada hanyalah 80% Cina yang menunggu penjelasan Anwar kenapa beliau tidak mampu menarik undi Melayu kepada PKR.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...