

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP. Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan ‘flip-flop’ dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian. Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut.
Dolak dalih atau ‘flip-flop’ adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian.
Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah. Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini.
Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal. Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula.
Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus ‘malu alah’ untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah. Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya. Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam.
Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan. Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas. Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan. Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini.
Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman.
Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini. Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak
permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald
Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.
Dengan keputusan itu bermakna
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.
Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
Comments