Skip to main content

Peguam PR Paling Ramai Lindungi Gangster

                                         
 
Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan.  Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas, selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum, agama mahupun sesama Islam.  Malah, PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu. 
 
Pendek kata, sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. 
 
Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.   Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.   
 
Walaubagaimanapun, hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi. 
 
Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah, tetapi bertindak membela penjenayah pula.  Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.  PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat. 
 
Hakikatnya, parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta.  Malah, antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh, juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.  Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor, busuk dan jahatnya politik PR. 
 
Secara dasarnya, peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.  Antaranya, bapa ayam, pengedar CD haram, pengedar dadah, gangster dan berbagai-bagai lagi.   Pendek kata, membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan, ganjarannya sudah pasti lumayan, tidak termasuk dengan jaminan ‘keselamatan’.   Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula. 
 
Maka, tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang, sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri. 
 
Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi, Dato’ Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka, kita akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR. 
 
Bukan setakat kes berprofil tinggi, tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki.  Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH, PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta.  Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti, PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian. 
 
Nampaknya, PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.  
 
Justeru, kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan.  Kita pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...