Calon-calon yang melanggar tataetika akan dikenakan tindakan tetapi laporan perlu dibuat secara jelas terhadap mereka. Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Majmuddin Megat Khas berkata laporan yang jelas perlu dikemukakan bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplin bertindak melakukan siasatan. "Kalau (calon) langgar etika, mesti ada laporan yang sah. Kalau hanya cakap-cakap kedai kopi sahaja tak boleh, kena ada laporan yang tunjukkan bila, tarikh, masa dan di mana," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di sini, Rabu. Megat Najmuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak dan calon tertentu yang didakwa berkempen secara persendirian dan juga di laman Facebook baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan sama ada mengenai tataetika calon. Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan wujudnya calon proksi dalam pemilihan kali ini. "Sekiranya proksi jelas melanggar ...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie