Skip to main content

Pemilihan UMNO Dan Hala Tuju Seterusnya

Demam pemilihan UMNO kini semakit kuat dengan tarikh pemilihan jawatan-jawatan penting semakin dekat.   Tetapi apa yang menjadi topik hangat di kalangan ahli akar umbi dan juga rakyat hari ini berbanding topik calon, ialah berkenaan hala tuju UMNO selepas pemilihan. 

Secara dasarnya, pemilihan kali ini bukan sekadar satu lagi pemilihan sepertimana sebelumnya.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pemilihan kali ini dianggap sebagai penentu masa depan negara. 

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin UMNO untuk memberi perhatian dan mengkaji apakah yang sedang bermain di kotak fikiran rakyat dan akar umbi parti. Kenapa mereka melihat pemilihan ini sebagai genting sekali?  Apakah bezanya dengan pemilihan yang lepas-lepas? 

Untuk pengetahuan, keraguan atau persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah:  Apakah benar UMNO telah meletakkan hala tuju baru?  Apakah benar UMNO tidak lagi ingin membawa semangat Melayu? 

Persoalan ini timbul apabila pemilihan Ketua Pemuda menyaksikan kemenangan Khairy Jamaluddin iaitu calon yang jelas membawa prinsip terbuka, atau dirujuknya sendiri sebagai prinsip ‘liberal centrist’. 

Apa yang difahamkan ialah prinsip ini bermakna mengambil kedudukan di tengah-tengah iaitu tidak lagi meletakkan Melayu sebagai subjek utama di tengah-tengah kaum lain.  Ini selaras dengan sikap Khairy selama ini yang ‘segan’ untuk merujuk dirinya sebagai ‘Ketua Pemuda UMNO’ tetapi lebih gemar dengan panggilan ‘Ketua Pemuda BN’. 

Sebenarnya, kita wajar memuji sikap tidak berselindung Khairy dalam memaparkan idea dan hala tuju yang diimpikannya untuk UMNO walaupun ia dilihat sebagai menentang arus. 

Memandangkan Khairy tidak pernah merahsiakan prinsip dan hala tuju yang ingin dibawanya, maka dengan kemenangannya, kepimpinan UMNO mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam prinsip dan hala tuju UMNO sepertimana yang ingin dibawa Khairy. 

Jika tidak, rakyat akan terus meragui dan tertanya-tanya ke manakah arah kita selepas ini? 

Contohnya, apa akan jadi dengan program memantapkan ekonomi bumiputera yang baru diumumkan Perdana Menteri.  Sekiranya prinsip liberal centrist diambilkira maka program-program ini tentunya tidak lagi relevan kerana ia berasaskan ‘kaum’. 

Selain itu, kita juga tertanya-tanya, apakah prinsip liberal centrist ini akan turut menghapuskan Hak-hak Istimewa Melayu? 

Hakikatnya, kita tidak melihat idea-idea Khairy sebagai tidak baik sepenuhnya tetapi, selagi tiada jaminan dan penjelasan dari kepimpinan maka idea-idea ini disambut dengan penuh syak wasangka malah umpatan juga.  Tentulah keadaan ini amat tidak baik untuk UMNO. 

Jika benar UMNO ingin meletakkan landasan baru, maka UMNO wajib menyatakannya secara jelas supaya akar umbi dan juga rakyat jelata mampu mencernanya.  

Sesungguhnya, ketidakpastian hanya melemahkan UMNO dan juga negara.  Dalam keadaan negara yang semakin rapuh, UMNO tidak mampu untuk retak. 

Walau ke manapun arah yang ingin dituju nanti, jangan lupa untuk menoleh ke belakang melihat jejak peninggalan tokoh dan wira-wira yang telah membina negara ini. 

Hanya dengan melihat jejak-jejak itu, maka UMNO dapat mengatur langkah yang lebih mantap menuju masa depan. Percayalah, jika bukan UMNO yang memerintah, dan bukan dasar-dasar yang dibawanya serta bukan individu-individu yang menerajuinya, maka wajah Malaysia pada hari ini tentu berbeza sekali. 

Justeru, sekali lagi sebelum melangkah, UMNO wajib menjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat akan hala tujunya supaya kita bersedia dan tidaklah terpinga-pinga dan merasa teraniaya dalam menghadapi perubahan yang tidak dijangka. 


Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...