Skip to main content

Sokong Azam Bermakna Sokong Penentang Almarhum Tan Sri Azizan

Almarhum Tan Sri Azizan selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah telah berusaha sedaya upaya dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam yang sebenar.  Ketika hayatnya, arwah cukup jelas menyatakan perbezaan antara PAS dengan Islam atau parti dengan kerajaan.  Beliau enggan mencampuraduk kedua-duanya tidak kira apa pun yang dihadapinya.  Kerana itu beliau menghadapi cabaran yang begitu berat dalam menerajui negeri Kedah.   

Biarpun apa kelemahannya dalam pentadbiran, keikhlasan beliau terhadap rakyat tidak dapat dinafikan.  Beliau begitu takut untuk menerima sebarang pemberian, yakni ‘hamper’ sekali pun.  Malah, sering mengembalikan wang yang diberikan kepadanya oleh tauke-tauke besar mahupun tauke-tauke ‘alibaba’ yang mana menyebabkan beliau dimusuhi mereka. 

Mungkin menyedari kekurangan beliau dalam ekonomi dan pentadbiran, maka beliau tidak segan silu meminta nasihat, hatta dari musuh sekali pun, demi kesejahteraan negeri.  Namun, malang sekali keikhlasan dan kejujurannya menyebabkan beliau menjadi sasaran mudah para penipu dan pendengki.  Justeru, nama beliau diburuk-burukkan dan difitnah oleh mereka-mereka ini. 

Apa yang mengejutkan ialah mereka-mereka yang memusuhi beliau ini, pada hari ini menggunakan nama beliau untuk berkempen di PRK Sungai Limau.  Calon PAS, iaitu Azam Samat diwar-warkan sebagai anak didik arwah Tan Sri Azizan.   

Hakikatnya, Azam Samat bukan sahaja tidak pernah rapat dengan arwah tetapi merupakan dua pupu kepada orang yang paling hebat memusuhi arwah, iaitu Phahrolrazi, bekas Exco Kedah.  Siapa tidak kenal Phahrolrazi yang pernah mencabar arwah secara terbuka dan memberi gelaran yang begitu buruk kepada Tan Sri Azizan.

Tidak cukup dengan itu, Phahrolrazi turut memfitnah Tan Sri Azizan dan keluarga. Semuanya kerana ingin merebut projek penyelenggaraan jalanraya sejauh 2148km yang merangkumi 12 daerah.  Kos yang terlibat adalah RM60 juta bagi 10 tahun. 

Tan Sri Azizan difitnah oleh Phahrolrazi sebagai memberi projek tersebut kepada kroni UMNO melalui syarikat milik isterinya, To’ Puan Faekah.  Kononnya projek tersebut bernilai RM600 juta. 

Cerita ini dicanang seluruh Kedah sehingga menyebabkan ramai yang memandang serong kepada Tan Sri Azizan. 

Apa yang berlaku ialah Tan Sri Azizan ingin merancakkan aktiviti anak syarikat kerajaan negeri dengan memberikan projek tersebut kepada STDC yang bernaung di bawah PKNK dalam rancangan ‘Kedah Gemilang’.   Tujuan beliau adalah murni iaitu bagi menjana ekonomi negeri.  

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh orang-orang politik ialah, Tan Sri Azizan tidak pernah gilakan jawatan atau wang, dan arwah langsung tidak kisah jika projek jalanraya tersebut memakan masa 10 tahun di mana terdapat kemungkinan dalam tempoh tersebut, UMNO akan mengambil-alih kerajaan negeri. 

Ini yang menyebabkan ramai pemimpin PAS tidak puas hati. 

Yang paling sakit hati ialah Phahrolrazi.  Phahrolrazi inginkan projek tersebut diberikan kepada syarikat HCM Sdn Bhd.  Apa yang difahamkan ialah anaknya merupakan antara pemilik syarikat tersebut.  Kegagalan beliau meyakinkan Tan Sri Azizan untuk mengikut cakapnya telah mencetuskan dendam kesumat yang begitu kuat sehingga tidak dapat dirahsiakan lagi.   
Busuknya hati Phahrolrazi ini sehingga dapat dihidu oleh semua rakyat Kedah.  Tidak hairanlah ramai yang mengesyaki beliau turut mensihirkan Tan Sri Azizan, Wallahualam.

Fitnah ini terlalu besar dan kutukan Phahrolrazi terhadap arwah terlalu kejam.  Justeru, kita tidak faham kenapa PAS sanggup meletakkan dua pupu kepada Phahrolrazi sebagai calon pengganti Tan Sri Azizan. 

Sekadar mengingatkan pengundi Sungai Limau, ketepikan dulu soal parti dan lihatlah dari segi fakta.  Bukankah memilih Azam, umpama memilih Phahrolrazi?  Di mana semangat Tan Sri Azizan yang meletakkan kebenaran mengatasi parti dan agama mengatasi politik? 


Ingatlah, melantik Azam sebagai wakil Sungai Limau bukan sahaja umpama menentang Tan Sri Azizan, tetapi seolah-olah turut mempersenda To’ Puan Faekah dan seluruh keluarga beliau. 

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...