Skip to main content

Kebebasan Beragama Bukan Bererti Tidak Perlu Ikut Undang-undang


Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam.  Tidak cukup dengan mengejek dan menghina nama Rasulullah SAW, nama Allah SWT dan juga umat Islam dan Melayu.  Hari ini, masyarakat bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang negara.  Mereka menganggap klausa ‘kebebasan beragama’ di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk mereka melakukan apa saja atas nama agama. 
Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran.  Selagi apa yang dilakukan oleh bukan Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap menutup sebelah mata.  Malangnya, sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak kepala, menghina, mengejek dan mencabar kita. 
Kita tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita.  Mungkin sikap mereka ini berpunca dari ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang lain. 
Hari ini, satu lagi hasutan halus dibuat oleh seorang Professor bagi mencetuskan prasangka buruk terhadap kerajaan Islam dan juga umat Islam.  Professor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang telah menuduh perobohon kuil Sri Muniswerar Kaliamman di Jalan P.Ramlee sebagai berpunca dari kebangkitan ekstremis Islam.
Beliau menuduh bahawa DBKL telah bertindak menyebelahi pemaju dengan meroboh kuil tersebut tanpa belas kasihan terhadap masyarakat India di negara ini. 
Sikap beliau yang tidak menyentuh pemaju dan sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada DBKL adalah tindakan lazim bagi mana-mana pemimpin DAP.  Seperti yang kita tahu, DAP pasti tidak ingin menyinggung hati pemaju yang rata-ratanya adalah ‘orang mereka’. 
Kata Dr. Ramasamy, masyarakat Hindu yang paling teruk menerima akibat di bawah kerajaan BN, manakala di Pulau Pinang semua kuil Hindu adalah selamat di bawah Pakatan Rakyat. 
Kenyataan Ramasamy jelas berat sebelah dan tidak berasaskan fakta yang sahih.  Bukan beliau tidak tahu sebaik mengambilalih kuasa di beberapa negeri, kerajaan Pakatan Rakyat telah merobohkan Kuil Om Sree Kaliamman di Batu Pekaka Kedah, Kuil Om Sree Kaliamman dan satu lagi kuil tidak bernama di Kapar, Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur hanya dalam masa satu minggu.  Sejak 2008, kerajaan PR Selangor telah merobohkan 7 buah kuil termasuk yang berada di dalam perkarangan rumah S.Gobi Kumar di Sepang. 
Oleh kerana penulis seorang yang adil dan bukan berat sebelah seperti Ramasamy, penulis tidak menafikan yang kerajaan BN telah merobohkan kuil Sri Muneswerar yang menjadi kontroversi di sini.  Malah, penulis percaya, mana-mana kerajaan juga akan menghadapi situasi ‘terpaksa meroboh’ dalam menangani isu kuil.
Ini tidak dapat dielakkan apabila kuil-kuil tersebut dibina secara haram atau tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Secara dasarnya, masyarakat Malaysia sudah cukup bertolak ansur dan enggan membuat bising mengenai kewujudan kuil-kuil haram hampir di serata ceruk hutan, kampung dan bandar. 
Justeru, sepatutnya menjadi tanggungjawab masyarakat India untuk turut bertolak ansur dengan memahami bahawa negara ini ada undang-undang dan sesetengah kawasan yang dibina kuil tersebut mempunyai pemilik ataupun berada di dalam perancangan pembangunan. 
Professor Dr. Ramasamy sebagai seorang terpelajar dan juga pemimpin politik seharusnya menjadi watak utama untuk mengajak masyarakat India agar memahami perkara ini iaitu kebebasan beragama tidak bermakna boleh melakukan apa saja atas nama agama. 
Jika benar wujud kumpulan ekstremis Islam negara ini seperti kata Dr. Ramasamy, maka mana mungkin kita boleh menemui kuil-kuil haram di seluruh pelusuk negara?  Mana mungkin kerajaan mengisytihar Deepavali sebagai hari cuti umum?  Jika benar kita ekstremis, apakah kita akan membenarkan wujudnya sekolah Tamil?  Atau perarakan Thaipusam? 
Apakah ada negara lain yang mana penganut Hindu sebagai kumpulan minoriti dapat menikmati semua ini? 
Malah, bagi umat Islam sekalipun, untuk mendirikan surau atau masjid juga ada syaratnya.  Kita tidak boleh mendirikan surau atau masjid sesuka hati di mana-mana saja hanya kerana negara ini negara Islam. 
Hakikatnya, tiada kebangkitan ekstremis Islam di sini, yang ada hanyalah ektremis agama lain yang ingin berbuat sesuka hati dengan menggunakan alasan agama mereka.  Itulah ekstremis sebenar-benarnya, iaitu mereka yang enggan akur kepada undang-undang serta berpotensi untuk menjadi pengganas. 
Sudah sampai masanya para ahli politik mengajak rakyat berpolitik secara matang.  Politik adalah untuk memastikan urusan negara dan rakyat dapat berjalan dengan lancar.  Politik bukan membawa maksud bergaduh untuk mencari pemenang. Tiada siapa yang menang dalam pertarungan politik yang tidak matang. 
Oleh itu, sebelum Professor Ramasamy bertindak menghasut orang India agar membenci BN, adalah lebih baik beliau membela kaum India di dalam DAP yang dinafikan hak mengundi dalam CEC yang lalu.  Atau berjuang agar kaum India diberi ruang yang lebih luas di peringkat tertinggi parti. 

Lebih dari itu, adalah lebih baik beliau berjuang membela nasib kaum India yang menjadi rakyat Pulau Pinang yang kini turut terhimpit dengan kerakusan pemerintahan kapitalis DAP. 

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...