Skip to main content

PAS Perlu Jadi DAP Kerana Melayu Lebih Sayang DAP dari PAS?

Dalam Muktamar Pas ke-59, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad telah membentangkan satu fakta yang sepatutnya mampu menyentak PAS dari lamunan.  Ia berkenaan sokongan orang Melayu kepada PAS yang berkurangan sebanyak 2% dalam PRU yang lalu. 

Ini bukan kali pertama PAS diperingatkan mengenai sokongan Melayu yang semakin merosot terhadap parti itu tetapi telah berkali-kali.  Bagaimanapun, peringatan itu dipandang sepi oleh PAS. 

Menurut Dr. Dzulkefly, sokongan Melayu terhadap PKR merosot lebih teruk iaitu sebanyak 7%.  Apa yang pelik ialah sokongan Melayu terhadap DAP pula dikatakan meningkat sebanyak 2%. 

Kita tidak tahu setakat mana ketepatan pembentangan Dr. Dzulkefly tetapi ia seharusnya diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS. 

Walaubagaimanapun, melihat dari keputusan pemilihan PAS, adalah didapati bahawa PAS telah memilih untuk mempersetankan sahaja peringatan Dr. Dzulkefly itu.

Mungkin PAS benar-benar berpegang kepada semangat kesepakatan tulin di mana sokongan terhadap DAP juga dianggap sebagai sokongan terhadap PAS.  Justeru, tiada masalah bagi PAS jika orang Melayu ingin memilih DAP, PAS mahupun PKR, asalkan bukan UMNO. 

Mungkin bagi pemimpin-pemimpin PAS, biarpun DAP memenangi kerusi terbanyak di antara sekutu mereka, DAP tetap terpaksa melantik wakil dari PAS untuk memegang beberapa jawatan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.  Ini kerana PAS mewakili kaum majoriti di Malaysia dan telah tertakluk dalam perlembagaan kedudukan kaum Melayu sebagai peneraju negara. 

Oleh itu biarpun kedudukan PAS nanti hanya sebagai boneka, PAS tidak kisah kerana yang penting hanyalah untuk menjaga air muka. 

Tidak mustahil juga PAS menyangka yang mereka boleh mencaturkan DAP sebaik sahaja memegang tampuk kuasa.  Apa yang PAS gagal melihat ialah Muktamar PAS sendiri telah dicaturkan oleh DAP.  Kemenangan kumpulan Erdogan membayangkan bahawa PAS bakal berubah haluan sepenuhnya.  Maka, apakah logik jika PAS masih berangan yang mereka mampu menguasai DAP?

Sebelum PAS dikuasai kumpulan Erdogan lagi, parti itu sudah pun menunjukkan segan silu untuk membela Islam, contohnya dalam kes Kalimah Allah dan murtad.  Semuanya semata-mata kerana takutkan DAP.

Kini dengan kemenangan kumpulan Erdogan dalam Muktamar ini, kita pasti, sedikit masa lagi, kita tidak lagi akan mendengar lagu hudud, jauh sekali Negara Islam dari mulut PAS.  PAS juga pastinya tidak lagi akan membantah konsert-konsert rock malah tidak mustahil akan turut menerima pluralisme dan liberalisme yang tertakluk di dalamnya hak LGBT dan murtad. 

Pendek kata, PAS seolah-olah memilih untuk menyerap roh DAP dalam usaha merebut kembali sokongan Melayu yang meningkat terhadap DAP.

Sama ada perubahan PAS ini akan membantu memulihkan kekuatannya dalam menghadapi PRU-14 bukan lagi satu persoalan. 


Persoalan yang tinggal kini adalah, bilakah PAS akan mengumumkan perubahan mereka secara nyata kepada penganut-penganutnya? 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun