
Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik Seperti dijangka akhirnya krisis politik Terengganu berakhir hari ini dengan Dato' Seri Ahmad Said dan Ghazali kembali semula kepada UMNO sekaligus kukuhkan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu.
Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu). Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku," kata YB Tengku Putra Tengku Awang. selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat Umno negeri berkenaan di Perdana Putra di sini.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor cuma bekas Menteri Besar yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib tidak hadir.
Comments