Skip to main content

Jalan Belakang Untuk Memastikan Mayat Mangsa Pesawat Malaysia Airlines MH17 Dan Kotak Hitam Pesawat Itu Dibawa Keluar -Najib Razak

"Jika anda boleh bayangkan, hanya empat bulan selepas kehilangan MH370, tiba-tiba di tengah malam, anda terima mesej, 'Kita kehilangan pesawat; ia hilang daripada radar,Saya dalam keadaan tidak percaya," katanya kepada Amanpour.
"Ada beberapa perkara yang saya rasa kami lakukan dengan betul semasa tragedi pertama. Ada juga yang sepatutnya kami boleh buat dengan lebih baik terutama dari segi komunikasi, Tetapi kali ini kami sedar yang kami perlu bertindak, dan bertindak lain daripada kebiasaan."
Dilaporkan sebelum ini, mayat mangsa nahas MH17 dan kotak hitam itu hanya mendapat kebenaran dibawa keluar dari lokasi kejadian selepas Najib membuat perundingan secara terus dengan pemberontak Ukraine.
"Kadang kala kita perlu buat kerja menggunakan jalan belakang." Najib berkata beliau amat tersentuh dan hampir menangis selepas berjumpa keluarga mangsa, menyebabkan beliau memutuskan perlu mengambil tindakan yang "tidak konvensional, Sebagai pemimpin negara, saya perlu lakukan sesuatu, saya perlu usahakan satu penyelesaian untuk keluarga itu, Biasanya, sebuah kerajaan akan hanya berurusan dengan kerajaan negara lain. Tetapi, dalam keadaan ini kita berdepan dengan satu gerakan, gerakan pemisah dan wujudnya satu kebuntuan, Kami tidak boleh mengambil mayat, kami tidak boleh mengambil kotak hitam, kami tidak dapat masuk ke tapak nahas, Berurusan dengan puak pemisah memang sesuatu yang tidak dijangka," katanya.
Ramai di dalam anggota pentadbiran Najib sendiri juga tidak sedar apa yang dilakukannya.
"Nampaknya saya terpaksa bertindak sendiri, sebab ia sangat, sangat sensitif. Saya terpaksa memilih jalan belakang. Malah saya terpaksa menguruskan operasi itu sendiri, Saya buat sendiri semuanya. Saya mengaturkan langkah pasukan kami dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain."
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai akibat ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All...

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...