Skip to main content

UMNO perlu mewujudkan lebih ramai 'keyboard warriors' bagi menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial.

"Waktu saya jadi timbalan presiden, saya tak persoalkan dana parti sebab itu kerja presiden."


"Waktu zaman Dr Mahathir, timbalan tak kata apa, ini amalan dalam parti. Kita teruskan amalan parti, yakinlah apa saya buat untuk kebaikan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang di Johor.

"Macam 1MDB, kita belum rugi. MAS kita terpaksa suntik dana RM6 bilion, realitinya pada tahun 80an, 90an ada lagi.


"Isu-isu tertentu yang saya tak perlu kupas, tapi zaman dulu tiada media sosial, tak begitu panas, orang tidak tahu pun."Hari ini belum apa-apa meletup jadi panas, saya pun mendidih je sepanjang masa, tidak adil," katanya

Beliau berkata, isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu juga diperbesar-besarkan media sosial sedangkan syarikat itu belum lagi mengalami kerugian.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian."MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut."Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya.

Sekitar 700 perwakilan bahagian tersebut.Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO perlu menambah bilangan "cybertroopers" mereka untuk menangani serangan-serangan yang diterimanya.

"Kalau kita sebut berkenaan askar kita, kita bukan sahaja menyifatkan askar kita di kalangan secara fizikal tetapi sekumpulan lagi yang perlu kita wujudkan dengan bilangan yang begitu ramai, iaitu saya anggap 'keyboard warrior' untuk Umno," katanya.

"Ini adalah kerana pembentukan minda hari ini, soal persepsi lawan realiti, taburan benar lawan batil, sebaran fitnah tohmahan berada di hujung jari," kata Najib Razak

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...