Skip to main content

Ambil Tindakan Terhadap Komplot Jatuhkan Kerajaan

Jika sebelum ini ramai yang mentertawakan dakwaan wujudnya komplot terancang samada dari dalam mahupun luar negara, hari ini ramai yang terpaksan menerima hakikat bahawa sememangnya wujud komplot demikian terhadap negara. Lebih malang lagi, penglibatan rakyat negara ini yang mahu melihat kejatuhan kerajaan yang ada hari ini menerusi jalan belakang.

Selepas tertangkapnya, Xavier Andre Justo di Koh Samui, Thailand, banyak bukti yang akhirnya didedahkan oleh Justo sendiri samadamenerusi pihak Polis Di Raja Thailand dan Malaysia mahupun beberapa wartawan yang diberi kesempatan untuk menemuramah Justo di lokap tahanan polis Thailand.

Banyak perkara yang mengejutkan yang telah didedahkan Justo sepanjang soal siasat yang dijalankan. Banyak nama yang telah disebut antaranya pengasas The Edge, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, beberapa orang ahli politik daripada Pakatan Pembangkang dan paling utama, perancang utama komplot ini, Clare Rewcastle Brown.

Sebelum ini, pihak Polis Di Raja Thailand enggan mendedahkan butir soal siasat yang telah mereka jalankan, namun hari ini, beberapa bukti perbualan telefon, pesanan ringkas dan perbualan menerusi applikasi Whatsapp akhirnya didedahkan.

Sememangnya wujud dakwaan yang ingin melihat kerajaan yang ada hari ini digulingkan menerusi beberapa laporan palsu yang disebarkan samada menerusi Sarawak Report, The Edge, The Wall Streets Journal dan lain-lain lagi.

Lebih mengharukan, sememangnya terdapat bukti jelas menerusi telefon milik Justo komplot yang dirancang oleh mereka yang mempunyai warganegara Malaysia namun mahu melihat kerajaan Malaysia hancur ranap akibat desakan kuasa politik pembangkang.

Tiada apa yang boleh dielakkan oleh mereka yang terlibat kini setelah transkrip mesej antara Justo dengan mereka yang bertindak menjadi pengkhianat negara didedahkan.

Dalam pada itu, pihak Polis Di Raja Malaysia hari ini sedang cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan transkrip penuh komunikasi antara Justo dan beberapa individu di Malaysia. Bukti ini penting kerana boleh membantu pihak polis dalam merangka dan melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap nama-nama mereka yang terlibat dalam konspirasi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...