Skip to main content

Isteri Tun M sedih Kepada Najib, UMNO Hina Dr Mahathir ???


Tun Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih kononnya PM sedang menghina Tun Dr M.
Setelah membaca apa yang diperkatakan Tun Siti , timbul persoalan dalam benak fikiran saya, tahukah Tun Siti apa yang dilakukan dan diperkatakan suaminya terhadap PM selama ini ? Atau beliau termasuk dalam golongan melayu mudah lupa ?
Tun Siti membangkitkan soal hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga beliau dan keluarga PM. Tapi apa yang dilakukan oleh Tun M selama ini adakah ianya menunjukkan sifat seseorang yang mempunya hubungan silaturahim yang erat?
Tun M bukan saja menyerang Najib secara peribadi malah turut mengheret isteri dan anak-anak. Malah tanpa mempedulikan kedudukan beliau sebagai seorang negarawan, Tun M juga turut mengitar semula fitnah-fitnah pembangkang terhadap PM dan isteri. Antaranya kes pembunuhan warga Momgolia dan pembelian cincin. Sedangkan sebelum itu Tun M sendiri yang mengetahui itu semua fitnah.
Tun M dalam satu majlis di Pasir Gudang tahun Ogos 2015 secara terang terangan merujuk PM sebagai bangsat. Tidak cukup dengan itu di KL Tun M kemudiannya merujuk PM Najib sebagai Najis. Bukankah itu satu penghinaan ? Kemudian baru-baru ini Tun M menyamakan pula PM dengan pemimpin kejam dunia iaitu, Idi Amin.
Apakah perasaan Tun Rahah sebagai seorang ibu DS Najib apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan Tun M ini?
Apakah pula perasaan Rosmah sebagai seorang isteri DS Najib dengan fitnah dan tuduhan Tun M ini?
Apakah perasaan anak-anak DS Najib apabila mendengar ayahnda mereka diperkatakan begitu teruk sekali oleh Tun M?
Apakah perasaan anak perempuan DS Najib apabila Tun M menjadikan majlis perkahwinan nya sebagai satu bahan fitnah politik?
Apakah perasaan 3 juta ahli UMNO apabila Tun M bukan sahaja memburuk-burukkan Najib, tetapi duduk semaja dengan pembangkang untuk menentang UMNO?
Apakah perasaan rakyat apabila Tun M menghina mereka dengan mengatakan rakyat tunduk kepada BN kerana wang? Apakah rakyat terlalu hina di mata Tun M?
PM tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata nista atau cacian terhadap Tun M dan Tun Siti. Malah PM sentiasa mengmabil sikap untuk mengelak menjawab sebarang cacian Tun M kerana tidak mahu bergaduh dan menghormati beliau. Tiba-tiba Tun Siti pula membuat tuduhan PM sedang menghina Tun M.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun