Skip to main content

1MDB - Tiada Siapa Yang Patut Terburu-Buru Menghakimi Sebelum Tuduhan Terbukti Di Mahkamah

Tak perlu media Malaysia nak keluarkan berita DoJ US fasal berita pembekuan harta mereka yang songlap duit IMDB.. sebabnya mereka lebih percaya dengan berita luar negeri.. Maka bacalah berita portal dan media dari luar negeri.. Lainlah Malaysia tutup semua saluran internet dan media antarabangsa melaporkannya. Kerana mereka nak cari berita yang mana Najib Razak akan di ektradisi ke US.. mana nak ada berita itu.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan,” kata Salleh.

 Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi terbesar AS membabitkan negara luar.
Permohonan saman itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, nama yang sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengeluarkan kenyataan mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Aduan Awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat:

1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, telah kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.
Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah.
Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.
Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan bahawa dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April.
Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia


Pengumuman Peguam Negara Amerika Syarikat mengenai tindakan undang-undang ke atas beberapa individu adalah berdasarkan aduan bahawa mereka menyeleweng wang 1MDB dan terbabit dengan penggubahan wang haram BUKANNYA melalui siasatan jenayah yang biasa.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun