Skip to main content

Parti Bunga Raya Bakal Menjadi Perhiasan Atau Menjadi Pagar Sahaja


Mereka ingat parti politik ni macam parti harijadi agak nya...tiup tiup belon ,nyanyi ,potong kek. cuba tanya mereka yang kehulu hilir lawan Atok M... dulu macam mana nak berparti tanpa kuasa. Harap harap untung tender Masa ada KUASA yang diberi kepada keroni dulu banyak lagi ke... , Tak baik lah simpan duit untuk anak cucu makan.... 

Pandangan saya dalam penubuhan parti Melayu sekarang dah sama taraf dengan orang-orang India.. kalah jawatan.. atau kena pecat.. atau nak jadi Presiden parti.. tubuh parti.. akhirnya orang India dah jadi rakyat kelas tiga kerana perpecahan sesama mereka. Melayu pun insyaallah dalam jangkan 10 ke 15 tahun lagi akan sama dengan orang India.. akan jadi kelas 3.. macam gerabak keretapi.. Orang lain duduk kelas 1 dan 2. Nak salahkan siapa?



Yang tidak bersangkut atau TIDAK ADA KENA MENGENA  dengan UMNO... ,Tak Pernah UMNO Tolong sebesar zarah pun -mereka yang lahir di London... Sekolah London, kerja London...

Kalau yang lahir Hospital Kerajaan Malaysia BN ,Sekolah Kerajaan ,SBP Kerajaan ,masuk UITM,masuk IPTA Kerajaan ,Pergi overseas tanggungan Kerajaan BN -tak usahlah dok sembang deras lah. Tanpa UMNO sebagai tonggak parti yang memerintah ,tak sehebat mana pun kita. Tanpa jawatan dalam UMNO ,Jawatan Menteri tak disokong ahli UMNO ,takdak glamour pun. Sokong lah siapa yang kita nak sokong tapi jangan HINA Parti yang banyak berjasa pada Orang Melayu.




Ada Mamak tu.. tubuh parti pasal tak dapat jadi Pengerusi MAS ,Mat Sabun tubuh Panti pasal kalah jawatan PAS ,ATOK M pun tubuh jugak nak bagi laluan anak jadi PM. Tubuh jangan tak tubuh . Demokrasi membenarkan semua orang yg cukup umur ,tak gila untuk berparti. Manusia berusaha tapi Allah yg tentukan siapa yg dimuliakan siapa yg dihinakan. Tak payah sebok gaduh gaduh ,pakat pakat lawan sesama kita.

Setakat anak beranak Atok M ,anak beranak AnWar  , Mahyuddin yang semua nya pernah hidup senang lenang dengan Atok M dan AnWar yang asyik keluar masuk penjara dan hospital ,baik lah tubuh NGO macam Mercy tu. Lagi pun simbol pun dah sama macam Mercy - bunga raya.



Lawan sesama kita...lawan sesama Melayu...Berani begaduh dalam tampok Melayu Sementra Bangsa lain intai peluang untuk menyerang....Tak faham sudah. Tak suka tak payah komen. Esok aku bangun macam ni juga kena cari makan bayar hutang. kah kah kah..Menteri ada kuasa kita tengoklah dia nak jual pada siapa kuasa dia bila buat keputusan nanti, Kepada bahasa Kebangsaan atau kepada populariti kumpulan tertentu.


 Akhir nya kebenaran terserlah..

Comments

mann said…
Dedak kuat noòo

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun